PEMBAYARAN FASA PERTAMA BANTUAN SARA HIDUP PADA 20 JANUARI 2020

PEMBAYARAN FASA PERTAMA BANTUAN SARA HIDUP (BSH) 2020 SEBANYAK RM300 BAGI KATEGORI ISI RUMAH MULAI 20 JANUARI 2020

Seperti yang diumumkan dalam Ucapan Belanjawan 2020, Kerajaan akan meneruskan program Bantuan Sara Hidup (BSH) bagi menjamin kesejahteraan ekonomi rakyat dengan membantu golongan berpendapatan rendah (B40) meringankan kos sara hidup mereka. Bagi membuktikan keprihatinan Kerajaan Pakatan Harapan terhadap golongan ini dan seterusnya memberi impak yang tinggi kepada rakyat, pembayaran fasa pertama BSH 2020 akan dilaksanakan mulai 20 Januari 2020 (Isnin) kepada penerima BSH yang berdaftar (kategori isi rumah) di dalam pangkalan data BSH 2019 seperti berikut:

 Pangkalan data BSH 2019 telah melalui beberapa proses tapisan daripada Agensi Kerajaan antaranya status pemilikan kenderaan yang realistik bagi golongan berpendapatan rendah (B40) bagi memastikan mereka yang memerlukan sahaja menerima BSH 2020. Peruntukan yang terlibat adalah sebanyak RM1.0 bilion dan memanfaatkan hampir 3.8 juta penerima BSH (kategori isi rumah). Pembayaran fasa pertama sebanyak RM300 bagi setiap isi rumah akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing menggunakan maklumat akaun bank semasa BSH 2019.


Bagi memastikan program BSH 2020 disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan dan pengemaskinian akan dibuka mulai 1 Februari 2020 hingga 15 Mac 2020. Selain daripada kategori isi rumah, permohonan untuk BSH 2020 juga dibuka bagi kategori bujang berumur 40 tahun dan ke atas seperti yang diumumkan dalam Ucapan Belanjawan 2020. Pemohon tidak perlu membuat permohonan baharu/kemaskini sekiranya: i. Permohonan BSH 2019 yang lulus dan tiada sebarang perubahan maklumat; dan ii. Pemohon Orang Kurang Upaya (OKU) yang tersenarai sebagai penerima e-Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Walau bagaimanapun, pemohon perlu membuat permohonan baharu/ kemaskini sekiranya: i. Pemohon yang belum membuat pendaftaran Permohonan BSH (Kategori Baharu); ii. Permohonan BSH 2019 yang tidak lulus dan menepati syarat kelayakan BSH 2020; dan iii. Permohonan OKU yang tidak tersenarai sebagai e-Bantuan JKM dan menepati syarat kelayakan BSH 2020.


 Setelah pangkalan data BSH 2020 dikemaskini, baki pembayaran BSH 2020 bagi kategori isi rumah akan disalurkan pada fasa kedua dan ketiga manakala bagi kategori bujang dan OKU pula akan disalurkan secara one-off pada fasa kedua. Dengan adanya proses permohonan dan pengemaskinian ini, sebahagian daripada kalangan yang tidak lulus dan belum menerima BSH masih diberi ruang untuk mengemukakan permohonan untuk dibuat verifikasi semula. Penerima BSH di kawasan pedalaman (kategori isi rumah) yang mempunyai akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tarikh yang sama, manakala bagi penerima pedalaman yang tiada akaun pula akan dibuat mulai 1 Februari 2020 secara tunai. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2747 serta emel kepada [email protected]

Permohonan BSH 2020

  • Tempoh Pemohonan dan Pengemaskinian Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 akan dibuka mulai 1 Februari 2020 hingga 15 Mac 2020.
  • Pemohon tidak perlu membuat Permohonan Baharu / Kemas Kini BSH 2020 sekiranya:
  1. Permohonan BSH 2019 yang lulus dan tiada sebarang perubahan maklumat; dan
  2. Pemohon Orang Kurang Upaya (OKU) yang tersenarai sebagai penerima eBantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seperti berikut:
    1. Elaun Pekerja Cacat
    2. Bantuan Penjagaan OKU
    3. Bantuan OKU tidak berupaya bekerja
    4. Bantuan Orang Tua
  • Pemohon perlu membuat Permohonan Baharu / Kemas Kini BSH 2020 sekiranya:
  1. Pemohon yang belum membuat pendaftaran Permohonan BSH termasuk Kategori Baharu; atau
  2. Permohonan BSH 2019 yang tidak lulus dan menepati syarat kelayakan BSH 2020; atau
  3. Permohonan OKU yang tidak tersenarai sebagai Bantuan JKM dan menepati syarat kelayakan BSH 2020
  • Maklumat BSH 2020 yang akan menyusul untuk paparan dan sebagai informasi kepada umum adalah seperti berikut:
  1. Permohonan melalui dalam talian
  2. Panduan Pengguna bagi permohonan dalam talian
  3. Borang Permohonan BSH 2020 Yang Boleh Dimuat turun
  4. Panduan Pengguna Pengisian Borang
  5. Soalan Lazim (FAQ)

Pembayaran Fasa Pertama BSH 2020

  • Pemohon BSH yang layak menerima bayaran Fasa Pertama adalah Pemohon berstatus Lulus BSH 2019 (Kategori Isi Rumah) yang melepasi beberapa proses tapisan daripada Agensi Kerajaan antaranya Status Pemilikan Kenderaan yang realistik bagi golongan berpendapatan rendah (B40).
  • Tarikh dan kaedah pembayaran
  1. Pembayaran Fasa Pertama BSH 2020 adalah secara berikut:
    1. Pengkreditan terus ke akaun – mulai 20 Januari 2020
    2. Tunai di kaunter BSN (termasuk kategori pedalaman Sabah Sarawak) – mulai 1 Februari 2020


Tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) BSH 2020

  • Untuk makluman, tuntutan SKK BSH 2020 bagi kematian pemohon yang berlaku mulai 1 Januari 2020 masih belum dibuka atau belum boleh dibuat di Bank Simpanan Nasional (BSN). Tarikh mula tuntutan ini akan dimaklumkan semula.

SEMAKAN KELULUSAN BSH

2 Replies to “PEMBAYARAN FASA PERTAMA BANTUAN SARA HIDUP PADA 20 JANUARI 2020”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *