Bantuan COVID-19 RM100 Sehari Kepada Yang Terkesan. Bantuan Wang Ihsan

 

Tahukah anda kerajaan akan menyalurkan bantuan COVID-19 sebanyak RM100 sehari kepada individu yang terkesan wabak Coronavirus.

Bantuan ini diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dengan geran sebanyak RM1 juta.

Namun bantuan ini terhad kepada individu yang tiada pendapatan tetap atau tiada gaji sepanjang 14 hari tempoh pengawasan di rumah.

Sumbangan tersebut akan disalurkan melalui kutipan tabung Covid-19 yang diuruskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Individu yang ingin membantu boleh berbuat demikian menerusi akaun Bank Muamalat 1601-0001-1387-14.

Bantuan COVID-19
i) Tabung COVID-19 dilancarkan dengan geran pelancaran ​sebanyak RM1 juta. Pihak swasta, badan sukarela serta ​orang perseorangan digalakkan untuk memberi ​sumbangan kepada tabung ini demi keprihatinan terhadap ​kebajikan rakyat yang terkesan dengan penularan COVID-​19.

(ii) Tabung ini bertujuan untuk memberi bantuan wang ihsan ​kepada mereka dalam tempoh menjalani Home ​Surveillance (HS) selama 14 hari atau menjalani rawatan di ​hospital ekoran positif COVID-19 yang didaftarkan oleh ​KKM.

(iii) Sumbangan bantuan sebanyak RM100 sehari akan ​diberikan kepada individu yang tidak mempunyai ​pendapatan tetap atau tiada gaji sepanjang proses HS dan ​rawatan tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *