Pembayaran BSH Fasa 2 Kini Bermula. Semak Notis Pembayaran Ini

Bermula hari ini 15 Mac 2020, bayaran sebanyak RM200 untuk BSH fasa 2 warga emas telahpun diagihkan. Bayaran diterima kebanyakkan di BSN (Bank Simpanan Nasional)

Bayaran awal sebanyak RM200 ini adalah sebahagian daripada intipati Pakej Rangsangan Ekonomi untuk menghadapi wabak Covid-19.

Notis Pembayaran BSH Fasa 2

Untuk membuat semakan permohonan bantuan sama ada lulus atau tidak, boleh berbuat demikian di pautan berikut:

Menurut Pakej Rangsangan Ekonomi, BSH fasa ke-2 akan diawalkan pada bulan Mac 2020. Dan penerima BSH akan dapat bantuan tambahan sebanyak RM100 (Tunai) dan RM50 (e-Tunai) yang akan dibuat pada bulan Mei nanti.

Mengikut notis yang telah diterima, pembayaran akan dimulakan pada 16 Mac 2020 (Isnin). Rujuk di bawah untuk maklumat lanjut.

Untuk lebih mudah, sila buat akaun BSN online untuk kemudahan melihat bank akaun tanpa perlu pergi ke ATM.

Permohonan Baru & Kemaskini

Sekiranya anda layak, sila mohon secara online di portal rasmi bsh.hasil.gov.my, atau secara manual di mana-mana kaunter LHDN berhampiran.

Kemaskini hanya perlu dibuat sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat berikut:

  • Status perkahwinan termasuk kahwin, cerai atau kematian pasangan
  • Alamat surat menyurat terkini dan emel
  • Nombor telefon bimbit dan rumah
  • Maklumat akaun bank
  • Maklumat pasangan dan tanggungan
  • Maklumat waris

Pakej Rangsangan Ekonomi 2020
Selain pengumuman tarikh BSH fasa 2, Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad turut mengumumkan beberapa maklumat penting.

Antaranya; pengurangan kadar caruman minimum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak empat peratus iaitu daripada 11 peratus kepada tujuh peratus.

Selain itu, kerajaan juga akan menyalurkan dana RM10 juta kepada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) untuk menyediakan kemudahan simpanan makanan supaya harga dapat dikurangkan.

10,000 usahawan tempatan yang menjual produk dan barangan di platform e-dagang turut akan menerima geran sebanyak RM1,000.

Malah, peruntukan tambahan RM20 juta turut diberikan kepada Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk program Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS) bagi menaik taraf Pusat Internet Desa kepada hab e-dagang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *