Perkeso Beri RM600 Sebulan Kepada Pekerja Swasta Terima Notis Cuti Tanpa Gaji

Perkeso Beri RM600 Sebulan Kepada Pekerja Swasta Terima Notis Cuti Tanpa Gaji

Perkeso Beri RM600 Sebulan Kepada Pekerja Swasta Terima Notis Cuti Tanpa Gaji

Perkeso Beri RM600 Sebulan Kepada Pekerja Swasta Terima Notis Cuti Tanpa Gaji.

Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan menyediakan bantuan kewangan sebanyak RM600 sebulan kepada pekerja swasta yang diberi notis cuti tanpa gaji sejak 1 Mac lalu.

Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan, bantuan di bawah Program Pengekalan Pekerja (ERP) itu akan diberi selama enam bulan kepada pekerja yang layak iaitu mencarum dengan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) Perkeso.

“Terhad kepada pekerja yang bergaji RM4,000 dan ke bawa. Majikan membuat permohonan bagi pihak pekerja dan majikan hendaklah menyalurkan RM600 terus ke dalam akaun pekerja,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Saravanan menjangka kira-kira 6.9 juta pekerja swasta di bawah SIP bakal menikmati bantuan bantuan kewangan segera berkenaan.

Selain itu, Perkeso juga akan menyediakan program penempatan pekerjaan serta latihan.

Antara lain, jelas beliau lagi, pekerja yang berdaftar dan mencarum di bawah sistem tersebut juga akan menerima elaun mencari pekerjaan iaitu bermula 80 peratus gaji anggapan selama enam bulan dengan kadar menurun kepada 50 peratus hingga 30 peratus.

Selain itu turut disediakan elaun bekerja semula,elaun pendapatan berkurangan, elaun bekerja semula, elaun latihan dan fi latihan terhad kepada RM6,000.

KADAR BANTUAN & TEMPOH LAYAK
1.Kadar bayaran bantuan kewangan adalah bergantung kepada tempoh notis mula CTG. Sekiranya tarikh notis mula CTG adalah sebulan mengikut tarikh tamat CTG tersebut, bayaran mengikut kadar rata sebanyak RM600 sebulan akan dibayar kepada setiap pekerja yang terlibat.
2.Sekiranya tempoh notis mula CTG adalah dua (2) bulan mengikut tarikh tamat CTG tersebut, bayaran mengikut kadar rata sebanyak RM600 bagi setiap bulan akan dibayar kepada setiap pekerja yang terlibat membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1,200.
3.Jumlah kelayakan bagi setiap satu permohonan tempoh notis mula CTG adalah antara 1 bulan hingga maksimum jumlah 6 bulan bergantung kepada notis mula CTG yang dikeluarkan oleh majikan sama ada secara sekali gus atau berturutan.
4.Majikan yang telah menerima peruntukan bayaran ERR daripada PERKESO secara bulanan, adalah bertanggungjawab untuk mengkreditkan bayaran bulanan sebanyak RM600 ke dalam akaun bank pekerja yang terlibat dalam masa 7 hari dan i tarikh bayaran yang diterima daripada PERKESO
5.Majikan yang mengemukakan apa-apa maklumat palsu, tidak benar atau mengelirukan kepada PERKESO atau majikan yang gagal untuk menyalurkan bayaran bulanan tersebut kepada pekerja, boleh menyebabkan permohonan berikutnya digantung dan tindakan undang-undang akan dikenakan ke atas majikan.

 

Setiap permohonan hendaklah dikemukakan secara online atau melalui borang permohonan yang dikemukakan kepada mana-mana pejabat PERKESO oleh majikan bagi pihak pekerja yang terlibat dan majikan tersebut hendaklah bertanggungjawab untuk menyalurkan bayaran bulanan RM600 kepada pekerja yang terlibat.

Majikan hendaklah mengemukakan permohonan yang lengkap melalui Borang Permohonan ERR C-19 (Lampiran 1) dan melampirkan dokumen mandatori surat Notis CTG yang mengandungi senarai pekerja terlibat. Permohonan yang lengkap boleh dihantar melalui emel erpc19 (perkeso.qov.my atau melalui online sekiranya sistem online telah dibangunkan.

  • Senarai Pekerja hendaklah mengandungi butiran-butiran berikut:
  • Nama Penuh Pekerja
  • Nombor Kad Pengenalan Warganegara Malaysia (No KPPPN)
  • Nama Jawatan (job title)
  • Maklumat Gaji Bulanan Terakhir Pekerja (RM)
  • Maklumat emel dan no telefon untuk dihubungi

Pengemukaan Borang Permohonan ERR C-19 Program Pengekalan Pekerjaan (Employment Retention Programme) boleh dilakukan melalui emel atau online (sekiranya sistem telah tersedia) yang mana permohonan boleh dikemukakan mulai 20 Mac 2020.

Rujuk laman web Perkeso

sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *