Majikan Wajib Bayar Gaji Penuh Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Berkuatkuasa. Termasuk Perkerja Gaji Harian & Tidak Tetap

Majikan Wajib Bayar Gaji Penuh Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Berkuatkuasa. Termasuk Perkerja (2)

 

Majikan wajib membayar gaji penuh kepada pekerja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa.

Kementerian Sumber Manusia menerusi soalan lazim mengenai Perintah Kawalan Pergerakan memaklumkan majikan yang enggan membayar gaji pekerja sepanjang tempoh itu, mereka boleh mengemuka aduan secara dalam talian melalui e-mel rasmi Jabatan Tenaga Kerja (JTK).

Pekerja perlu mengemuka maklumat lengkap berkenaan aduan berkenaan bagi memudahkan pengurusan JTK mengambil tindakan sewajarnya.

Malah, pekerja boleh hadir sendiri ke Pejabat Tenaga Kerja berhampiran selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan tamat. Siasatan ke atas setiap aduan hanya akan dijalankan selepas tempoh perintah tamat.

Pekerja bergaji harian perlu dibayar mengikut kadar upah yang dipersetujui di antara majikan dan pekerja di dalam surat tawaran atau kontrak perkhidmatan.

Bagi pekerja yang upahnya tidak tetap, kadar hariannya hendaklah tidak kurang daripada kadar gaji minimum seperti dalam Perintah Gaji Minimum 2020.

Majikan juga tidak boleh memaksa pekerja menggunakan cuti tahunan atau cuti tanpa gaji sepanjang tempoh perintah kerana ia dilaksanakan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Bagaimanapun, pekerja tidak layak menuntut insentif RM600 seperti yang diumumkan kerajaan kerana tempoh kelayakan untuk mendapatkan insentif itu ialah sebulan.

Bagi pekerja yang terpaksa bekerja dari rumah, majikan tetap perlu membayar gaji serta elaun seperti biasa dan jika ingkar, itu kesalahan mengikut Peraturan 7 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

One Reply to “Majikan Wajib Bayar Gaji Penuh Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Berkuatkuasa. Termasuk Perkerja Gaji Harian & Tidak Tetap”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *