Cara Mohon Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank Akibat COVID-19 – Loan Kereta/ Rumah/ Persendirian

Cara Mohon Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank Akibat COVID-19 – Loan Kereta/ Rumah/ Persendirian

 

Tahukah anda terdapat 19 bank sedang menawarkan ‘PAYMENT HOLIDAY’ bagi ansuran loan rumah dan kereta sehingga tempoh 6 bulan bagi mengurangkan beban mereka yang terkesan dengan Covid-19. Dapatlah anda bernafas selama 6 bulan ini kan?

Anda boleh rujuk maklumat disediakan di bawah untuk mengentahui lebih lanjut. Lain bank, lain tawaran serta prosedur yang digunakan. Dengan tawaran ini, anda boleh memohon melalui atas talian (online) atau melalui panggilan telefon.

Mingguan Kerja akan kongsikan kepada anda info lanjut mengenai pembiayaan bank ini bagi rujukan anda.

Moratorium Pembiayaan Bank Sempena Wabak Covid -19

Apa itu moratium?

Moratium merupakan penangguhan rasmi bayaran ansuran bulanan daripada pembayar kepada pihak bank tanpa caj penalti mahupun denda.

Oleh itu, pelanggan bank tidak perlu membayar ansuran peribadi, rumah, kenderaan atau lain – lain selama 6 bulan.

Bayaran ansuran akan bersambung selepas tempoh moratorium tamat.

Bank Yang Terlibat

Persatuan Bank dalam Malaysia telah mengumumkan ahli – ahlinya komited dalam membantu rakyat Malaysia semasa menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan kerana wabak covid 19 ini.

Antara bank atau entiti pembiayaan yang telah rasmi membuat pengumuman menawarkan moratorium kepada pelanggan mereka samada individu ataupun syarikat kecil dan sederhana adalah :

  1. Bank Rakyat
  2. SME Bank
  3. TEKUN
  4. Bank Simpanan Nasional
  5. Public Bank dan Public Islamic Bank
  6. RHB Bank dan RHB Islamic Bank
  7. Agro Bank
  8. Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank
  9. Maybank dan Maybank Islamic
  10. Bank Islam Malaysia Berhad
  11. Bank Muamalat Malaysia Berhad

Siapakah Yang Layak

  • Individu yang terkesan akibat COVID-19 (Cuti tanpa gaji, diberhentikan)
  • Pemilik perniagaan yang terkesan akibat COVID-19

Dokumen Yang Diperlukan

Individu
Surat tunjuk sebab majikan (tiada bayaran / pengurangan OT / separuh gaji etc)
Slip gaji menunjukkan pengurangan (sebelum dan selepas COVID-19)
Penyata bank (sebelum dan selepas COVID-19)

Pemilik Perniagaan
Penyata Bank (sebelum dan selepas COVID-19)
Pesanan yang telah dibatalkan
Jualan bulanan (sebelum dan selepas COVID-19)

Dibawah ini dikongsikan maklumat institusi seperti nombor telefon bagi kemudahan anda. Sila telefon nombor bank yang anda ingin membuat penangguhan.

Baca Juga : Majikan Wajib Bayar Gaji Penuh Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Berkuatkuasa. Termasuk Perkerja Gaji Harian & Tidak Tetap

No. Institusi Kewangan Nombor untuk dihubungi
1. Association Of Islamic Banking and Financial Institutions Malaysia (AIBIM) 03-20268002/8003
2. Affin Islamic Bank Berhad 03-82302222
3. Agrobank 1300-88-2476
4. Alliance Islamic Bank Berhad 03-55169988
5. AmBank Islamic Berhad 03-21788888
6. Bank Islam Malaysia Berhad 03-26900900
7. Bank Muamalat Malaysia Berhad 1-300-88-8787
8. Bank Rakyat 1300-80-5454
9. Bank Pembangunan Malaysia Berhad 03-26113888
10. Bank Simpanan Nasional 1300-88-1900
11. CIMB Islamic Bank Berhad 03-62047788
12. Hong Leong Islamic Bank Berhad 03-76268899
13. HSBC Amanah Malaysia Berhad 1300-88-2626
14. Maybank Islamic Berhad 1300-88-6688
15. MBSB Bank 03-20963000
16. Public Islamic Bank Berhad 1800-22-5555
17. OCBC Al Amin Bank Berhad 03-83149310
18. RHB Islamic Bank Berhad 03-92068118
19. SME Bank 03-26037700
20. Standard Chartered Saadiq 1300-88-8888

Sumber : AIBIM (Association of Islamic Banking and Financial Institutions Malaysia (AIBIM)
Ada beberapa syarat-syarat yang diperlukan sebelum memohon, tetapi lain bank lain syaratnya, bergantung kepada bank masing-masing. Antara syaratnya adalah perlu sertakan sekali dengan slip gaji, pesakit covid-19 (bank tertentu), bidang yang terkesan seperti travel agency, perlu ada surat daripada majikan yang mengatakan pendapatan pekerja menurun, peniaga kedai makan atau beberapa syarat yang lain.

One Reply to “Cara Mohon Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank Akibat COVID-19 – Loan Kereta/ Rumah/ Persendirian”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *