Covid-19: Kwsp Akaun 2 Boleh Dikeluarkan Sebanyak Rm 500 Sebulan Untuk Tempoh 12 Bulan

Covid-19: Kwsp Akaun 2 Boleh Dikeluarkan Sebanyak Rm 500 Sebulan Untuk Tempoh 12 Bulan

COVID-19 : AKAUN 2 BOLEH DIKELUARKAN SEBANYAK RM 500 SEBULAN UNTUK TEMPOH 12 BULAN
Isu covid19 yang mengancam di negara kita, tidak di nafikan pelbagai masalah yang kita hadapi, lebih-lebih lagi masalah kewangan, pelbagai agensi yang terjejas dengan permasalahan ini, terutamanya perkerja yang tidak mempunyai gaji ataupun gajinya dipotong akibat kawalan pergerakan yang dilakukan apda 18 March – 31 March.

Berita baik buat pencarum kwsp, Sebentar tadi Perdana Menteri kita Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pakej rangsangan untuk membantu rakyat menghadapi masalah kewangan sewaktu perintah kawalan pergerakan dijalankan.

Rakyat boleh mengeluarkan sebanyak RM 500 sebulan dalam tempoh 12 bulan.

“Menerusi kemudahan ini, semua ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan.

“Permohonan boleh dibuat bermula 1 April 2020. Inisiatif ini dijangka akan memanfaatkan sehingga 12 juta ahli KWSP, dengan jumlah pengeluaran yang dianggarkan bernilai RM40 billion,” katanya.

Syarat-syarat untuk mengeluarkan RM500 sebulan :-

  1. Berumur 55 tahun ke bawah.
  2. Hanya boleh keluarkan akaun 2 sahaja
  3. Yang mempunyai caruman daripada syarikat @ individu (sendiri)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *