Saya dilantik menjadi Perdana Menteri bukan pada waktu yang terbaik

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selesai mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat bernilai RM250 bilion yang mendapat maklum balas positif rakyat.

Walau bagaimanapun, kata-kata terakhir pada ucapan tersebut mengenai kepimpinan yang ditadbirnya sekarang ini mengundang sebak orang ramai.

PUTRAJAYA, 3 Mac — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan) menerima naskah buku berjudul ‘Bayan Linnas – Penjelasan Isu-Isu Semasa’ daripada Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri semasa menerima kunjungan Mufti Wilayah Persekutuan itu di Bangunan Perdana Putra hari ini.
Turut kelihatan, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali (kiri).
–fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

 

“Kerajaan ini mungkin bukan kerajaan yang anda undi. Tetapi saya ingin anda semua tahu bahawa kerajaan ini amat mengambil berat tentang anda.

“Saya dilantik menjadi Perdana Menteri bukan pada waktu yang terbaik. Saya menghadapi keadaan politik, ekonomi dan krisis kesihatan pada waktu yang sama”

“Situasi ini tidak pernah berlaku sebelum ini dan sudah tentu memerlukan pernilaian berbeza dari sebelumnya.
“Jadi kepada semua rakyat sama ada Melayu, Cina, India, Sikh, Iban, Kadazan, Dusun, orang Asal, mohon bersama saya dan barisan kabinet,” katanya.

 

Sumber OhMyMedia

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *