COVID19 : Pematuhan rakyat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negeri pada tahap 95%

Pematuhan rakyat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negeri pada tahap 95%

COVID19 : Pematuhan rakyat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara  pada tahap 95%

Pematuhan rakyat terdapat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negeri, kekal pada tahap kira-kira 95 peratus, kata Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Beliau memaklumkan, anggaran itu dibuat berdasarkan statistik diperoleh daripada pasukan polis bersama bantuan pihaknya yang membuat rondaan, pemantauan dan sekatan jalan setiap hari.

“Operasi dijalankan polis dengan kerjasama tentera menunjukkan hasil yang tinggi (kepatuhan rakyat) dengan tujuan menghapuskan penyebaran wabak COVID-19.

“Tujuan PKP ialah menyekat perjalanan (hadkan pergerakan) dan mengurangkan interaksi orang ramai, kita mahu amalkan ‘social distancing’ (penjarakan sosial),” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Reaksi Rakyat bertajuk ‘Hero Barisan Hadapan’ disiarkan Astro Prima secara langsung, malam ini.

Baca Juga :

  1. Cara Memohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN)
  2. Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Pada Bulan April & Mei
  3. Internet Percuma Sepanjang PKP Bagi Pengguna Celcom, Digi, Maxis dan UMobile

Pada 24 Mac lalu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dilaporkan berkata pematuhan rakyat terhadap PKP meningkat kepada 95 peratus, manakala kesesakan di kawasan bandar dilihat berkurangan.

Mengulas lanjut, Affendi mengingatkan petugas barisan hadapan, terutama anggota tentera, supaya menjadikan aspek kesejahteraan rakyat agenda utama dalam menangani COVID-19.

“Kita mahu rakyat dan negara terhindar daripada COVID-19. Kita mahu putuskan rantaian (penyebaran) COVID-19.

“Kepada semua rakyat, duduk di rumah, sentiasa jaga kesihatan dan ambil langkah berjaga-jaga,” katanya.

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *