COVID19 : Polis India Guna Gas Pemedih Mengingkari Arahan Perintah Berkurung

COVID19 : Polis dia Guna Gas Pemedih Mengingkari Arahan Perintah Berkurung

COVID-19 : Polis India Guna Gas Pemedih Mengingkari Arahan Perintah Berkurung

Polis di barat India terpaksa menggunakan gas pemedih mata bagi menyuraikan golongan pekerja yang melempar batu ke arah pihak berkuasa, sekali gus mengingkari arahan perintah berkurung.

Perdana Menteri, Narendra Modi, sebelum ini memerintahkan orang ramai berada di dalam kediaman masing-masing selama 21 hari sehingga 15 April depan, dan memberitahu, ia adalah satu-satunya cara untuk menghentikan penularan pandemik COVID-19.

Pelaksanaan tindakan itu secara mendadak bagaimanapun mencetuskan krisis kemanusiaan apabila ratusan buruh miskin di bandar besar seperti New Delhi dan Mumbai terpaksa pulang ke kampung halaman masing-masing dengan berjalan kaki, selepas kehilangan pekerjaan.

Baca Juga :

  1. COVID19 : Pematuhan rakyat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negeri pada tahap 95%
  2. Cara Memohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN)
  3. Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Pada Bulan April & Mei

Ramai di antara mereka terpaksa berjalan berhari lamanya, termasuk membawa ahli keluarga masing-masing dengan hanya bergantung kepada bekalan makanan dan air yang amat terhad.

Susulan itu, kira-kira 500 pekerja bertempur dengan pihak berkuasa di bandar Surat, barat India, mendesak agar mereka dibenarkan pulang ke bahagian lain negara itu kerana tidak lagi memiliki sebarang mata pencarian.

“Polis cuba meyakinkan mereka bahawa adalah mustahil untuk mendapatkan perkhidmatan kereta api atau bas, namun mereka enggan berganjak dan mula melempar batu ke arah pihak berkuasa,” kata timbalan pesuruhjaya polis Surat, Vidhi Chaudhari.

Menurut beliau, golongan pekerja berkenaan, sebahagian besar berkhidmat dalam industri tekstil di Surat akhirnya terpaksa disuraikan menggunakan gas pemedih mata, dan 93 mereka ditahan hari ini kerana mengingkari perintah berkurung.

India mencatatkan 1,071 kes jangkitan COVID-19 dan 29 kematian, kata Kementerian Kesihatan hari ini.

Kes berkenaan masih terlalu kecil jika mahu dibandingkan dengan Amerika Syarikat (AS), Itali atau China, namun sumber rasmi kesihatan berkata, negara itu hanya memerlukan beberapa minggu sahaja untuk keadaan menjadi lebih buruk, apatah lagi dengan kelemahan sistem kesihatan umum mereka.

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *