COVID19: Seramai 34 Orang Didenda RM500 Kerana Langgar PKP

COVID19: Seramai 34 Orang Didenda RM500 Kerana Langgar PKP

 

Seramai 34 individu masing-masing didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu.

Semua tertuduh termasuk empat remaja berusia antara 14 hingga 17 tahun membuat pengakuan bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadap mereka secara berasingan di hadapan Majistret, Siti Noorhidayah Mohd Noor.

Baca Juga :

  1. COVID19 : Polis India Guna Gas Pemedih Mengingkari Arahan Perintah Berkurung
  2. COVID19 : Pematuhan rakyat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negeri pada tahap 95%
  3. Cara Memohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

Mahkamah juga mengarahkan semua tertuduh berusia antara 14 hingga 60 tahun dipenjara tidak melebihi 14 hari, sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Semua tertuduh sebelum ini ditahan dalam Op COVID-19 di kawasan sekitar pusat bandaraya, Mergong, Simpang Empat dan Simpang Kuala.

Mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Peraturan 7 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2020.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya Aqharie Durranie Aziz dan

Alif Farhan Hassan.

Difahamkan, sehingga jam 12 tengah hari tadi, seramai 74 individu sudah ditahan polis di Kota Setar atas kesalahan melanggar PKP.

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *