Cara Memohon Internet Percuma 1GB Sehari Sepanjang PKP

Cara Memohon Internet Percuma 1GB Sehari Sepanjang PKP

https://hariharikerja.com/index.php/2020/04/01/cara-memohon-internet-percuma-1gb-sehari-sepanjang-pkp/

Kerajaan telah memperkenalkan Pakej Ransangan Ekonomi PRIHATIN yang salah satu daripadanya adalah menyediakan perkhidmatan internet percuma selama tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (KPP).

Kerajaan mengumumkan beberapa pakej khas membabitkan pemberian internet percuma kepada semua pelanggan syarikat telekomunikasi, bermula 1 April depan.

 

Cara Memohon Internet Percuma Mengikut Syarikat Telco Masing-Masing

Kesemua pakej khas Internet Percuma daripada semua Telco ini akan bermula pada 1 April 2020 sehingga tempoh PKP tamat.

DIGI

 

Pengguna Digi akan memperoleh data 1GB percuma bermula 8 pagi hingga 6 petang bermula 20 Mac hingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan kelak. Ianya ditawarkan kepada pengguna postpaid, prepaid dan juga postpaid broadband. Anda perlu tebus data ini melalui aplikasi MyDigi

Untuk maklumat lanjut boleh layari www.digi.com.my/shop/digi-cares

 

Celcome

 

Celcom akan tawarkan data 1GB percuma setiap hari bermula 1 April hingga 14 April 2020 iaitu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berlansung. Ianya ditawarkan kepada semua pengguna postpaid, prepaid dan juga enterprise.

Ianya akan diberi secara automatik terus masuk ke telefon anda bermula 8 pagi hingga 6 petang setiap hari. Tiada data yang dibawa ke hari seterusnya jika tidak digunakan sehingga habis.
Untuk maklumat lanjut boleh layari www.celcom.com.my

Baca Juga : Cara Memohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

 

Maxis

Maxis juga menawarkan data 1GB percuma setiap hari bermula 1 April 2020 hingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Anda boleh gunakan bermula 8 pagi hingga 6 petang. Kesemua pengguna Maxis, Hotlink Postpaid, Prepaid dan Maxis Business akan ditawarkan inisiatif ini.

Anda perlu tebus data percuma ini melalui aplikasi sama ada MyMaxis app, MyMaxis Biz app, Hotlink Flex app atau Hotlink RED app, atau UMB dan pilih 1GB Daily pass option
Untuk maklumat lanjut boleh layari www.maxis.com.my

 

U Mobile

U Mobile akan menawarkan data peruma 1GB setiap hari bermula 1 April hingga tempoh KPK tamat. Ianya akan diaktifkan bermula jam 8 pagi hingga 6 petang. Penggunakan akan menggunakan data ini dahulu sebelum data tersedia dan boleh juga digunakan sebagai hotspot. Ianya hanya ditawarkan kepada pengguna postpaid, prepaid dan broadband kecuali WeChat go SIM plan

Untuk aktfikan data percuma ini anda perlu ikuti langkah dibawah:

Prepaid – Dail *118*6# kemudian pilih Special Offer
Postpaid – Dail *118*7# kemudian pilih Special Offer

Untuk maklumat lanjut boleh layari www.u.com.my

 

Yoodoo

Pihak Yoodo juga menyediakan inisiatif sendiri dengan menawarkan 1GB data internet secara percuma setiap hari bermula 30 Mac hingga 14 April 2020. Ianya ditawarkan kepada pengguna aktif yang melanggan mana-mana pakej.

Data 1GB percuma tersebut akan digunakan terlebih dahulu kemudian barulah menggunakan data sedia ada. Ianya akan dimasukkan secara percuma ke dalam telefon anda.

Untuk maklumat lanjut boleh layari www.yoodo.com.my/covid19-initiative

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *