Bantuan Prihatin Nasional BPN – Semak Status Permohonan & Permohonan Baru Secara Online

Bantuan Prihatin Nasional BPN Semak Status Permohonan & Permohonan Baru Secara Online

Bantuan Prihatin Nasional - Semak Status Permohonan & Permohonan Baru Secara Online

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

Bagi yang belum membuat permohonan anda boleh membuat permohonan di https://bpn.hasil.gov.my/PermohonanPage2020

Manakala yang sudah memohon dan ingin membuat semakan boleh membuat semakan di https://bpn.hasil.gov.my/

Baca Juga : 

  1. Covid 19 : Cara Pengeluaran Rm500 Sebulan Akaun 2 KWSP Secara Online
  2. BPN : Cara Mendapat Diskaun 50% Bil Elektrik Selama 6 Bulan
  3. Permohonan Subsidi 600,800,1200 Kini Dibuka & Semak Status Permohonan

Isi rumah B40

  1. Kahwin; atau
  2. Ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang melaporkan maklumat anak pada permohonan BSH 2020; dan
  3. Pendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
    Bujang B40
  1. Bujang atau ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak melaporkan anak pada permohonan BSH 2020; dan
  2. Pendapatan bujang RM2,000 dan ke bawah

Isi Rumah M40

  1. Kahwin; atau
  2. Ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda berdasarkan data percukaian; dan
  3. Pendapatan aggregat bulanan adalah RM4,001 hingga RM8,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini

Bujang M40

  1. Individu berstatus bujang dalam data percukaian; dan
  2. Had umur 21 tahun ke atas; dan
  3. Pendapatan bulanan RM2,001 hingga RM4,000 berdasarkan BNCP

KAEDAH PEMBAYARAN

Berdasarkan kenyataan media Kementerian Kewangan, kaedah pembayaran bergantung kepada kategori penerima.

Kaedah pembayaran bagi B40 adalah seperti berikut:

  • Ada maklumat akaun — bayaran adalah secara kredit ke akaun; atau
  • Jika status gagal kredit — bayaran adalah secara tunai di BSN
  • Tiada akaun — bayaran adalah secara tunai di BSN

Kaedah pembayaran M40 pula seperti berikut:

  • Bayaran akan dibuat melalui akaun bank yang dinyatakan di dalam BNCP terkini
  • Bayarana akan dikreditkan ke akaun ketua isi rumah
  • Jika taksiran bersama telah dipilih, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir

 

CARA MOHON BPN 2020

Kementerian Kewangan melalui posting rasmi di Facebook mereka memaklumkan permohonan baru boleh dibuat bermula 1 April menerusi laman web rasmi LHDN.

Berdasarkan satu temu bual ekslusif bersama Menteri Kewangan, beliau memaklumkan Kerajaan mempunyai database B40 dan M40 yang layak.

Kerajaan akan kreditkan wang BPN terus ke akaun masing-masing pada tarikh yang ditetapkan nanti.

Notis rasmi telah dikeluarkan di portal rasmi BSH mengatakan kaedah pelaksanaan seperti Permohonan, Pembayaran dan Semakan Status Bantuan Prihatin Nasional akan dimaklumkan dalam masa terdekat sama ada melalui portal Kementerian Kewangan atau portal rasmi BSH.

 

PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI

Turut diumumkan penangguhan PTPTN dari 3 bulan kepada 6 bulan.

Selain itu, mySalam turut menyediakan bantuan RM50 sehari kepada B40 yang dimasukkan ke hospital akibat COVID-19.

Penjawat awam dan pesara kerajaan turut diberikan bantuan RM500 pada April nanti.0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *