COVDI-19 : Permohonan & Semakan Status Bantuan Musaadah Khaira PPZ

Permohonan & Semakan Status Bantuan Musaadah Khaira PPZ

Permohonan & Semakan Status Bantuan Musaadah Khaira PPZ

Musaadah Khaira PPZ telah menyediakan bantuan khas COVID19, ini untuk golongan yang betul-betul memerlukan.

Melalui bantuan ini anda dapat RM 300 secara online.

  1. Bantuan ini merupakan inisiatif PPZ-MAIWP dalam membantu individu yang BENAR-BENAR memerlukan bantuan yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19. Segala maklumat yang diberikan akan di semak mengikut kelayakan yang telah ditetapkan.
  2. Saya faham bahawa bagi bantuan kepada BUKAN ISLAM, akan diambil dari dana selain dari dana zakat.
  3. Segala maklumat yang diberikan akan di semak mengikut kelayakan yang telah ditetapkan.
  4. Dari Aisyah R.A. berkata: Rasulullah SAW bersabda
    “Sesiapa yang mengambil hak orang lain walau sejengkal tanah akan dikalungkan hingga tujuh petala bumi” – (HR. Bukhari – Muslim)

Syarat-syarat Permohonan

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang berumur 20 tahun dan ke atas sahaja.
  2. Pemohon dalam Kategori B40 iaitu pendapatan isi rumah di bawah RM4,360 sebulan.
  3. Pemohon merupakan individu yang terjejas ataupun hilang punca pendapatan ketika wabak COVID-19.
  4. Permohonan hanya melalui atas talian sahaja dengan melayari musaadahkhaira.zakat.com.my.

Borang permohonan boleh dapat di sini Borang permohonan

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *