Senarai Penjawat Awam Yang Layak Terima Bantuan Khas Kewangan RM 500

Senarai Penjawat Awam Yang Layak Terima Bantuan Khas Kewangan RM 500

Senarai Penjawat Awam Yang Layak Terima Bantuan Khas Kewangan RM 500

PEGAWAI YANG LAYAK
Pegawai yang layak diberi Bantuan Khas Kewangan Tahun 2020 :-

  • pegawai lantikan tetap, sementara dan contract of service1
  •  pegawai yang bercuti bergaji penuh
  •  pegawai yang bercuti separuh gaji
  •  pegawai yang bercuti tanpa gaji
  •  pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan
    pengurusan saraannya. Bantuan Khas Kewangan ini akan dibayar oleh
    agensi yang menerima peminjaman pegawai
  • guru interim
  • pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan
    ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak
    disediakan pemandu oleh jabatannya; dan
  •  pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran dan Hakim dan
    Pesuruhjaya Kehakiman berdasarkan Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980
    dan Akta Saraan Hakim 1971.

Baca Juga :

  1. ” Tembak Mati Yang Ingkar Perintah Berkurung ” – Duterte
  2. Cara Memohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN)
  3. Cara Mendaftar i-Akaun KWSP Hanya Dari Rumah

PEGAWAI YANG TIDAK LAYAK
 Pegawai yang tidak layak diberi Bantuan Khas Kewangan Tahun 2020 adalah:

  • pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk
    pegawai yang memangku, dipinjam/ tukar sementara dan penempatan
    khas ke Gred Jawatan Utama/ Gred Khas
  • pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib dalam tempoh
    1 Januari 2020 hingga 23 April 2020
  •  pegawai yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam dalam
    tempoh 1 Januari 2020 hingga 23 April 2020
  •  pegawai yang meletak jawatan dalam tempoh 1 Januari 2020 hingga
    23 April 2020.

PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH)

  • Bantuan Khas Kewangan Tahun 2020 sebanyak RM500.00 dipanjangkan
    kepada PSH yang masih berkhidmat pada 23 April 2020 dengan syarat tempoh
    kontraknya telah berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut.

PESARA

  • Bantuan Khas Kewangan Tahun 2020 kepada pesara Kerajaan yang memilih
    skim pencen dan penerima pencen terbitan pada atau sebelum 23 April 2020 di bawah
    undang-undang pencen akan dibayar sebanyak RM500.00 oleh Jabatan Perkhidmatan
    Awam.
  • Pesara yang dilantik semula secara contract of service dan masih berkhidmat
    pada 23 April 2020 layak diberi Bantuan Khas Kewangan Tahun 2020 sebanyak
    RM500.00. Pembayaran sebanyak RM250.00 akan dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan
    Awam dan bakinya sebanyak RM250.00 akan dibayar oleh jabatan di mana pegawai
    sedang berkhidmat.

PEGAWAI MENINGGAL DUNIA DALAM PERKHIDMATAN

  • Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang meninggal dunia pada
    23 April 2020 layak diberi Bantuan Khas Kewangan Tahun 2020 sebanyak RM500.00.
    Pembayaran kepada mana-mana penerima pencen terbitan yang layak di bawah
    undang-undang pencen sebanyak RM500.00 akan dibayar oleh jabatan terakhir
    pegawai berkhidmat

TARIKH PEMBAYARAN

  • Bantuan Khas Kewangan Tahun 2020 ini akan dibayar pada 23 April 2020

 

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2020

Klik tombol anak panah pada bawah gambar untuk lampiran seterusnya “Next Page”

Senarai Penjawat Awam Yang Layak Terima Bantuan Khas Kewangan RM 500

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *