” Tembak Mati Yang Ingkar Perintah Berkurung ” – Duterte

” Tembak Mati Yang Ingkar Perintah Berkurung ” – Duterte

" Tembak Mati Yang Ingkar Perintah Berkurung " - Duterte
” Tembak Mati Yang Ingkar Perintah Berkurung ” – Duterte

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte memberi amaran keras bahawa rakyat negara itu akan ditembak mati sekiranya mengingkari perintah berkurung susulan penularan wabak COVID-19.

Berucap secara langsung di televisyen pada Rabu, Duterte juga berkata, tiada sebarang tolak ansur akan diberikan buat pihak yang melakukan serangan terhadap petugas perubatan yang dianggap sebagai satu jenayah serius ketika ini.

Baca Juga : 

  1. COVDI-19 : Permohonan & Semakan Status Bantuan Musaadah Khaira PPZ
  2. TNB : Tiada Lagi Bil Fizikal Di Hantar Ke Rumah, Semak Bil Elektrik Secara Online
  3. Cara Mendaftar i-Akaun KWSP Hanya Dari Rumah
" Tembak Mati Yang Ingkar Perintah Berkurung " - Duterte
” Tembak Mati Yang Ingkar Perintah Berkurung ” – Duterte

Tegas Duterte, rakyat perlu memberi kerjasama dengan mematuhi arahan duduk di rumah sebagai langkah untuk mengekang penularan wabak itu.

Pada masa sama, ia bagi memberi ruang kepada sistem kesihatan negara itu yang dilihat berhadapan cabaran besar untuk menampung jumlah pesakit yang tinggi, lapor Reuters.

“Ia semakin teruk. Jadi saya tekankan lagi sekali betapa serius masalah dihadapi negara ketika ini dan anda semua perlu mendengar.

“Arahan saya kepada polis dan tentera, sekiranya ada masalah dan situasi yang tidak mengikut arahan, tembak mereka sampai mati.

“Adakah ia boleh difahami? Mati. Selain mencetuskan masalah, saya akan ‘kebumikan’ kamu,” tegasnya lagi.

Beliau berkata demikian selepas media tempatan melaporkan berlaku kekecohan dan penahanan dalam kalangan penduduk kawasan miskin di negara itu yang mempersoalkan bantuan bekalan makanan oleh kerajaan.

Dalam pada itu terdapat juga insiden diskriminasi terhadap pasukan perubatan di hospital yang didakwa diserang secara fizikal.

Ketua Polis Negara Filipina pada Khamis, bagaimanapun, menafikan akan bertindak untuk menembak mereka yang ingkar dan beliau memahami ‘ugutan keras’ kerajaan itu hanya untuk menunjukkan betapa seriusnya masalah dihadapi ketika ini.

Setakat 2 April, Filipina mencatatkan 2,311 kes jangkitan dengan 96 kematian selepas negara itu melaksanakan perintah berkurung pada 14 Mac.-Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *