Menipu Menggunakan Nama LHDN & Meminta Maklumat Peribadi Untuk Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

BARU saja memasuki hari kedua tempoh semakan dan permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dibuka kepada orang ramai, hari ini, sindiket penipuan didapati sama lincah membuat kerja mereka untuk menjerat mangsa.

Terbaharu, tular mesej yang dihantar melalui SMS meminta penerima BPN mengemukakan maklumat perbankan termasuk nama bank, nombor akaun, identiti peribadi dan kata laluan kononnya bagi tujuan kemas kini.

Baca Juga :

  1. CIMB Akan Hubungi Pelanggan Yang Terkena ‘Direct Debits’
  2. Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Akan Diagihkan Pada Akhir Bulan April & Mei
  3. Senarai Penjawat Awam Yang Layak Terima Bantuan Khas Kewangan RM 500

Mesej berkenaan mendakwa bayaran akan dibuat dalam tempoh 24 jam selain mengesahkan penerima layak menerima bantuan itu.

Menipu Menggunakan Nama LHDN & Meminta Maklumat Peribadi Untuk Bantuan Prihatin Nasional (BPN)
Menipu Menggunakan Nama LHDN & Meminta Maklumat Peribadi Untuk Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

Namun perkara terbabit disangkal Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang memberi peringatan kepada orang ramai supaya berwaspada dengan berleluasanya penipuan yang mengambil kesempatan ketika ini.

“Pastikan SMS yang diterima adalah dari nombor 62000 atau 63833 sahaja.

“LHDNM tidak akan meminta maklumat peribadi dan perbankan menerusi SMS,” kata nasihat itu yang dipaparkan di laman sesawang rasmi mereka.

Menipu Menggunakan Nama LHDN & Meminta Maklumat Peribadi Untuk Bantuan Prihatin Nasional (BPN)
Menipu Menggunakan Nama LHDN & Meminta Maklumat Peribadi Untuk Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi memaklumkan, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung penipuan terbabit setakat ini.

“Bagaimanapun kami ada menjalankan pemantauan terutama di media sosial mengenai kewujudan mesej atau laman sesawang daripada sindiket penipuan berkaitan BPN.

“Orang ramai dinasihatkan supaya membuat semakan terlebih dahulu dengan LHDN sekiranya ada mesej atau laman sesawang yang menjurus kepada pihak berkenaan sebelum membuat sebarang transaksi,” katanya.

Bermula kelmarin, orang ramai dibenarkan menyemak status kelayakan dan membuat permohonan BPN yang disalurkan untuk golongan B40 dan M40 menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin).
Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *