BPN : Senarai Hitam & Muflis Layak Memohon BPN

BPN : Senarai Hitam & Muflis Layak Memohon BPN

BPN : Senarai Hitam & Muflis Layak Memohon BPN
BPN : Senarai Hitam & Muflis Layak Memohon BPN

Golongan yang diisytihar muflis atau disenarai hitam, boleh menarik nafas lega apabila kerajaan bersetuju membenarkan mereka memohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN) bagi menyerap impak penularan COVID-19.

Menjelaskan perkara itu, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkata, golongan terbabit boleh membuat permohonan mulai esok secara dalam talian di www.hasil.gov.my atau pautan https://bpn.hasil.gov.my

Baca Juga :

  1. Cara Membuat Pengeluaran KWSP i-Lestari Melalui i-Akaun Telah Dibuka
  2. Cara Memohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN)
  3. Bantuan Prihatin Nasional – Semak Status Permohonan & Permohonan Baru Secara Online

“Kerajaan sentiasa prihatin dan mendengar pandangan rakyat dalam memastikan BPN dapat dinikmati semua penerima yang layak dan tiada yang tertinggal.

“Sehubungan itu kerajaan memutuskan pemohon yang layak menerima BPN tetapi berstatus muflis atau disenarai hitam, turut boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui portal rasmi LHDN,” kata kenyataan itu hari ini.

Menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), kerajaan memperuntuk sebanyak RM10 bilion untuk membantu rakyat yang layak menerusi BPN bagi golongan rakyat yang layak.

Bantuan yang bertujuan mengurangkan beban rakyat untuk menampung kos sara hidup akibat penularan COVID-19 itu akan dibuat dalam dua fasa iaitu pada akhir bulan ini dan Mei depan.

Kenyataan itu turut berkata, permohonan mereka akan diproses sewajarnya berdasarkan syarat kelayakan yang ditetapkan namun tidak dinyatakan dan bayaran akan dibuat secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN) jika diluluskan.

“Kerajaan berharap BPN ini benar-benar dapat membantu semua golongan rakyat yang memerlukannya dan ia dibelanjakan secara berhemah,” kata kenyataan itu lagi.

LHDN turut menasihatkan pelanggan yang mempunyai pertanyaan atau memerlukan maklum balas berkaitan perkara berkenaan supaya menghubungi Hasil Care Line (HCL) di 03-89111000, HASiL (ejaan betul) Live Chat dan mendapatkan Borang Maklum Balas di pautan https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.

Ia termasuk di media sosial rasmi LHDN seperti di Facebook – https://www.facebook.com/LHDNMdan Twitter – https://twitter.com/LHDNMofficial.-Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *