COVID-19 : Hospital Tidak Mampu Tampung Jika Pertambahan Meninggi

COVID-19 : Hospital Tidak Mampu Tampung Jika Pertambahan Meninggi

COVID-19 : Hospital Tidak Mampu Tampung Jika Pertambahan Meninggi
COVID-19 : Hospital Tidak Mampu Tampung Jika Pertambahan Meninggi

di negara ini tidak mampu untuk menampung jumlah pesakit COVID-19 jika berlaku pertambahan kes secara mendadak.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata melalui pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini, penularan kes dapat dikawal dengan jumlah kes positif hanya pada kadar 7.9 peratus.

Baca Juga :

  1. BPN Jadual & Tarikh Pembayaran BPN Bermula 6 April Fasa 1
  2. Bantuan Prihatin Nasional – Semak Status Permohonan & Permohonan Baru Secara Online
  3. COVID-19 : Warga Emas Ditembak Mati Oleh Polis Kerana Enggan Memaki Topeng Muka

“Jika dilihat, data kita masih mendatar. Jika kes mencapai 2,500 sehari, hospital kita sama ada kerajaan atau swasta tidak mampu (menampung pesakit) lebih-lebih lagi di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Setakat ini, melalui dasar kita melaksanakan PKP, kita sudah menyekat penularan tempatan dan memastikan mereka yang pulang dari luar negara dikuarantin, selain pelancong dari luar negara disekat masuk.

“Disebabkan itu, kemasukan (kes) dan penularan tiada, jadi kita harap dapat meningkatkan pengesanan kes dan mengurangkan jangkitan dalam kalangan masyarakat kita,” katanya pada sidang media berkaitan COVID-19 di sini, hari ini.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, seramai 4,488 warga Malaysia yang pulang dari luar negara sedang menjalani kuarantin 14 hari di pusat kuarantin yang diwartakan kerajaan sejak 3 April lalu.

Katanya, mereka disaring sebaik tiba di tanah air dan daripada jumlah itu, 15 kes yang dikesan mempunyai gejala.

“Kita asingkan mereka bagi menjalankan ujian COVID-19 dan kalau positif, kita akan masukkan mereka ke hospital untuk pemantauan dan rawatan,” katanya.
Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *