COVID-19 : Warga Emas Ditembak Mati Oleh Polis Kerana Enggan Memaki Topeng Muka

COVID-19 : Warga Emas Ditembak Mati Oleh Polis Kerana Enggan Memaki Topeng Muka
COVID-19 : Warga Emas Ditembak Mati Oleh Polis Kerana Enggan Memaki Topeng Muka

Seorang warga emas berusia 63 tahun ditembak mati polis di Filipina selepas berang apabila diminta memakai topeng muka.

Ini merupakan kes pertama di mana pihak berkuasa bertindak menembak orang awam kerana melanggar arahan yang dikeluarkan kerajaan untuk mengawal wabak COVID-19.

Lelaki itu dipercayai dalam keadaan mabuk dan mengugut pihak berkuasa dengan sabit dalam kejadian yang berlaku di bandar selatan Nasipit di wilayah Agusan del Norte.

“Suspek diberi teguran kerana tidak memakai topeng, tetapi dia naik marah, mengugut dan mengeluarkan kata-kata kesat sebelum menyerang pihak berkuasa menggunakan sabit,” kata jurucakap polis.
Khamis lalu, kerajaan Filipina mengeluarkan arahan kepada orang awam agar memakai topeng perlindungan apabila keluar rumah sepanjang tempoh lockdown selama sebulan.

Filipina setakat ini telah mencatat lebih 3,000 kes positif COVID-19, dengan 144 kematian.
Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *