COVID-19: Ada Dua Kluster Perhimpunan Besar Yang Terbaru

COVID-19: Ada Dua Kluster Perhimpunan Besar Yang Terbaru

COVID-19: Ada Dua Kluster Perhimpunan Besar Yang Terbaru
COVID-19: Ada Dua Kluster Perhimpunan Besar Yang Terbaru

Kementerian Kesihatan mendedahkan dua kluster COVID-19 yang berkait rapat dengan perhimpunan besar-besaran.

Ia masing-masing persidangan keagamaan selama tiga hari yang berlangsung di sebuah gereja di Kuching, Sarawak dan majlis perkahwinan di Bangi, Selangor.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata dua kes kematian membabitkan kes ke-358 dan ke-2,471 direkodkan ekoran persidangan keagamaan berkenaan.

Baca Juga :

  1. COVID-19: Jangan Dekati Haiwan Perliharaan
  2. Cara Memohon BPN & Semakan Bantuan Untuk Pemandu Teksi & Pelancong
  3. Syarikat Tidak Melebihi 75 Pekerja Menerima Bantuan RM 1,200 Setiap Pekerja Sepanjang 3 Bulan

Selain itu, katanya, lima kes daripada kluster itu masih kritikal dan dirawat di unit rawatan rapi (ICU), manakala yang menerima rawatan di hospital 50 kes, pemerhatian di pusat kuarantin (25) serta pulih dan dibenarkan pulang (1).

“Majlis perkahwinan pula kluster jangkitan COVID-19 yang kemudiannya membentuk jangkitan sehingga generasi kelima. Sehingga hari ini, 88 kes disahkan positif COVID-19 daripada kluster ini.

“Ia termasuk satu kes dirawat di ICU, selain tiada kematian dilaporkan berkaitan dengan kluster ini. Kedua-dua kluster ini membabitkan jangkitan COVID-19 sehingga generasi kelima,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, masyarakat dinasihatkan supaya mengelak daripada mempersalah atau mendiskriminasi mana-mana pesakit atau kumpulan dikaitkan dengan kluster jangkitan COVID-19.

“Janganlah kita stigmakan mereka. Apa yang penting, adalah membantu mengesan dan merawat jangkitan COVID-19 dalam kalangan mereka yang terbabit, keluarga dan kontak mereka,” katanya.-Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *