COVID-19 : Cara Memohon Tabung Bantuan Makanan Kepada Yang Memerlukan (NADMA)

COVID-19 : Cara Memohon Tabung Bantuan Makanan Kepada Yang Memerlukan (NADMA)

COVID-19 : Cara Memohon Tabung Bantuan Makanan Kepada Yang Memerlukan (NADMA)
COVID-19 : Cara Memohon Tabung Bantuan Makanan Kepada Yang Memerlukan (NADMA)

Bagi mereka yang masih menantikan Bantuan Prihatin Nasional untuk masuk ke dalam akaun bank, anda boleh memohon bantuan bekalan makanan asas ini jika anda terputus bekalan makanan disebabkan oleh PKP ini.

Baca Juga:

  1. Cara Memohon Subsidi Upah Sebanyak 600, 800 & 1,200 Setiap Pekerja
  2. COVID-19: Sebanyak 1.25 Bilion Pekerja Terjejas Seluruh Dunia
  3. Cara Memohon BPN & Semakan Bantuan Untuk Pemandu Teksi & Pelancong

Bantuan ini terbuka kepada seluruh negeri, pengurusan bantuan kerjasama JKM,YKN,APM,RELA & Beberapa agensi yang lain.

Syarat Kelayakan

  • Khas kepada rakyat Malaysia yang hilang pendapatan, memerlukan bantuan dan terputus bekalan makanan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Maklumat Yang Diperlukan

  • Nama penuh pemohon
  • Nombor IC kad pengenalan pemohon
  • Alamat rumah pemohon
  • Bilangan ahli keluarga yang tinggal di alamat tersebut
  • Nombor telefon yang boleh dihubungi (untuk tujuan pengesahan sebelum bantuan dihantar)

Cara Permohonan

  • Hubungi Talian Kasih di 15999 atau Whatsapp di 019-261 5999.
  • Hubungi Bilik Gerakan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri atau Daerah masing-masing. ( Waktu operasi 8.30 pagi – 5.30 petang).

Bagaiman penghantaran dilakukan ?
Penghantaran bantuan akan dihantar ke rumah pemohon oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan RELA.

Sila Share kepada rakan-rakan,sahabat,jiran-jiran,keluarga,seluruh kampung agar sampai kepada yang betul-betul memerlukan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *