COVID-19: Sebanyak 1.25 Bilion Pekerja Terjejas Seluruh Dunia

COVID-19: Sebanyak 1.25 Bilion Pekerja Terjejas Seluruh Dunia

COVID-19: Sebanyak 1.25 Bilion Pekerja Terjejas Seluruh Dunia
COVID-19: Sebanyak 1.25 Bilion Pekerja Terjejas Seluruh Dunia

Mata pencarian kira-kira 1.25 bilion pekerja terancam ekoran wabak COVID-19, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini, satu amaran ia krisis global paling teruk sejak Perang Dunia Kedua.

Dalam satu kajian, Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) memberi amaran penyebaran coronavirus baru dan langkah drastik yang diambil untuk mengekang penularannya pada suku kedua 2020 saja, melenyapkan 6.7 peratus jam bekerja di seluruh dunia.

Baca Juga :

  1. COVID-19: Tabung COVID-19 Terkumpul Sebanyak RM22.66 Juta
  2. PRIHATIN : Senarai Bantuan Untuk Peniaga Kecil BPN
  3. Cara Memohon Subsidi Upah Sebanyak 600, 800 & 1,200 Setiap Pekerja

Ia bersamaan dengan 195 juta pekerja sepenuh masa, menurut agensi PBB itu.

Kajian itu menyaksikan jumlah kes coronavirus baru, yang pertama kali muncul di China akhir tahun lalu, kini melonjak kepada 1.35 juta jangkitan di seluruh dunia, termasuk lebih 75,500 kematian.

Laporan itu mendapati bahawa rantau Asia Pasifik akan melihat kerugian terbesar dalam jam bekerja, dengan jumlah 125 juta pekerjaan sepenuh masa terjejas dalam tempoh tiga bulan akan datang.

“Pandemik ini mempunyai kesan sangat serius untuk dunia pekerjaan,” kata Ketua ILO, Guy Ryder kepada pemberita dalam taklimat dalam talian.

“Lebih daripada empat perlima pekerja yang tinggal di setiap negara yang sebahagian atau keseluruhan operasinya terjejas,” katanya, dengan 81 peratus keseluruhan tenaga kerja global yang berjumlah 3.3 bilion orang kini terjejas.- AFP

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *