COVID-19: Tabung COVID-19 Terkumpul Sebanyak RM22.66 Juta

COVID-19: Tabung COVID-19 Terkumpul Sebanyak RM22.66 Juta

COVID-19: Tabung COVID-19 Terkumpul Sebanyak RM22.66 Juta
COVID-19: Tabung COVID-19 Terkumpul Sebanyak RM22.66 Juta

Tabung COVID-19 yang dilancarkan pada 11 Mac lalu, kini sudah mengumpul sejumlah RM22. 66 juta sumbangan wang tunai daripada pelbagai pihak dan geran kerajaan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata tabung itu juga turut menerima sumbangan barangan dengan nilai terkumpul sebanyak RM26.9 juta.

Baca Juga : 

  1. COVID-19: Sebanyak 1.25 Bilion Pekerja Terjejas Seluruh Dunia
  2. COVID-19: Tabung COVID-19 Terkumpul Sebanyak RM22.66 Juta
  3. PRIHATIN : Senarai Bantuan Untuk Peniaga Kecil BPN

Katanya, sehingga semalam, sejumlah RM5.68 juta dana daripada tabung sudah disalurkan kepada Yayasan Kebajikan Negara (YKN) bagi tujuan pembelian barangan keperluan harian untuk disumbangkan kepada mereka yang terjejas akibat wabak itu.

“Sebanyak RM195,000 juga telah disalurkan atas nama Bayaran Ihsan Kematian kepada 39 waris mangsa jangkitan COVID-19, manakala pada masa yang sama kerajaan sedang menghubungi waris kepada mangsa yang lain.

“Bantuan Khas berjumlah RM13,400 pula sudah diserahkan kepada pekerja yang hilang sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji dalam kalangan kontak COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan agihan wang sumbangan adalah sebanyak RM5.88 juta.

“Tabung COVID-19 dilancarkan pada 11 Mac lalu sebagai usaha kerajaan membantu rakyat yang terjejas ekoran wabak itu,” katanya menerusi Facebooknya hari ini.-Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *