Apa itu subsidi upah ? Siapa yang dapat subsidi upah ?

Apa itu subsidi upah ? Siapa yang dapat subsidi upah ?

Apa itu subsidi upah ? Siapa yang dapat subsidi upah ?
Apa itu subsidi upah ? Siapa yang dapat subsidi upah ?

 

1. Apakah Program Subsidi Upah?

  • Subsidi Upah adalah bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan
    setiap perusahaan bagi setiap pekerja tempatan yang bergaji RM4,000
    dan ke bawah untuk tempoh 3 bulan sahaja.
  • Tujuan Program Subsidi Upah ialah untuk membantu majikan yang
    terkesan dari segi ekonomi akibat COVID-19 supaya dapat meneruskan
    operasi syarikat serta mengelakkan pekerja hilang pekerjaan dan punca
    pendapatan bagi semua perusahaan

Baca Juga :

  1. Panggilan daripada KWSP adalah tulen untuk pengesahan pendaftaran i-Akaun
  2. BPN : Cara Semak Duit BPN Sudah Masuk Atau Belum Tanpa Melihat Akaun Bank
  3. COVID-19 : Cara Memohon Tabung Bantuan Makanan Kepada Yang Memerlukan (NADMA)

 

2. Bilakah Program Subsidi Upah mula berkuatkuasa dan bila ia berakhir?

  • Program Subsidi Upah mula berkuatkuasa pada 1 April 2020.
  • Tempoh Program Subsidi Upah adalah selama 3 bulan bermula 1 April
    2020 atau mengikut bulan permohonan dikemukakan.
  • Tarikh akhir permohonan Program Subsidi Upah adalah pada 15
    September 2020.

3. Apakah penambahbaikan Program Subsidi Upah yang diumumkan pada
6 April 2020?

  • Program Subsidi Upah yang diumumkan pada 6 April 2020 adalah
    menggantikan Program Subsidi Upah yang telah diumumkan pada 27

Apa itu subsidi upah ? Siapa yang dapat subsidi upah ?

4. Siapakah yang TIDAK LAYAK memohon Program Subsidi Upah?

  • Majikan atau perusahaan yang mendaftar dan beroperasi pada atau
    selepas 1 Januari 2020;
  • Majikan dan pekerja yang belum berdaftar atau mencarum dengan
    PERKESO;
  • Pekerja yang telah mendapat bantuan kewangan Program Pengekalan
    Pekerjaan (ERP) pada bulan yang sama;
  • Pekerja yang bergaji bulanan melebihi RM4,000;
  • Pekerja yang telah diberhentikan kerja;
  • Pekerja sektor awam, badan berkanun persekutuan dan negeri, semua
    badan berkanun yang diasingkan saraan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
    dan mereka yang bekerja sendiri (tidak mempunyai majikan) termasuk
    freelancers; serta
  • Pekerja asing dan pegawai dagang (expatriate).

5. Bagi permohonan Program Subsidi Upah, apakah dokumen yang
diperlukan?

  • Dokumen yang diperlukan untuk permohonan Program Subsidi Upah
    ialah:
    i. Senarai nama pekerja (mengikut had kelayakan saiz perusahaan);
    ii. Maklumat akaun bank majikan (salinan muka depan penyata bank
    sahaja);
    iii. Maklumat Business Registration Number (BRN) yang didaftarkan oleh
    majikan ketika pembukaan akaun bank seperti di 5 (ii) di atas. Sila rujuk
    pihak bank;
    iv. Salinan pendaftaran SSM / ROS / ROB / pihak berkuasa perkhidmatan
    profesional, saintifik atau teknikal / lesen perniagaan;
    v. Akuan Pengisytiharan PSU50; dan
    vi. **Dokumen sokongan seperti penyata kewangan atau laporan jualan
    yang telah disahkan oleh pihak pengurusan atau lain-lain dokumen
    berkaitan.

6. Apakah yang dimaksudkan dengan maklumat Business Registration
Number (BRN) yang perlu diperolehi daripada pihak bank?

  • Maklumat Business Registration Number (BRN) adalah maklumat nombor
    pendaftaran perniagaan majikan yang didaftarkan oleh majikan ketika
    pembukaan akaun semasa syarikat di bank.
  • Majikan perlu mengisi Borang BRN yang perlu dimuat turun dari capaian
    laman sesawang prihatin.perkeso.gov.my dan memuat naik kembali ke
    laman sesawang tersebut setelah ianya dilengkapkan.
  • Maklumat Akaun Bank dan BRN syarikat seperti di atas diperlukan bagi
    tujuan pembayaran terus ke akaun majikan secara Electronic Fund
    Transfer (EFT).

7. Apakah Akuan Pengisytiharan PSU50?

  • Akuan Pengisytiharan PSU50 ialah suatu dokumen pengesahan dan aku
    janji secara bertulis bahawa majikan mengesah atau mengisytiharkan
    perkara-perkara yang terkandung di dalamnya adalah benar dan betul
    bagi tujuan permohonan Program Subsidi Upah.

9. Bagi permohonan Program Subsidi Upah bulan berikutnya, adakah
majikan perlu mengemukakan permohonan yang baru bagi tuntutan yang
seterusnya?

  • Majikan tidak perlu mengemukakan permohonan Program Subsidi Upah
    yang baru bagi tuntutan kedua dan ketiga. Walau bagaimanapun,
    majikan dikehendaki mengemaskini perubahan maklumat bagi tuntutan
    kedua dan ketiga sekiranya berlaku apa-apa perubahan kepada status
    perniagaan atau bilangan pekerja yang layak melalui sistem. Kegagalan
    majikan tidak melaporkan perubahan tersebut boleh dikenakan tindakan
    undang-undang.

10. Bolehkah majikan yang telah beroperasi sebelum 1 Januari 2020 tetapi
tidak berdaftar dengan PERKESO memohon Program Subsidi Upah?

  • Boleh. Mana-mana majikan yang ingin mengemukakan permohonan
    Program Subsidi Upah tetapi masih belum berdaftar dengan PERKESO,
    hendaklah memenuhi syarat berikut:
    i. Telah berdaftar dengan SSM, PBT atau pihak berkuasa perkhidmatan
    profesional, saintifik atau teknikal sebelum 1 Januari 2020
    ii. Mempunyai sekurang-kurangnya seorang pekerja
    iii. Mendaftar dengan PERKESO

11. Bolehkah majikan yang telah menerima ERP mengemukakan permohonan
Program Subsidi Upah?

  • Boleh. Majikan yang memenuhi syarat-syarat permohonan Program
    Subsidi Upah yang telah ditetapkan seperti di Jadual 1 (Soalan 3) boleh
    mengemukakan permohonan walaupun telah menerima ERP sebelum
    ini.

12. Bagaimanakah cara untuk saya membayar gaji kepada pekerja saya,
sekiranya menyertai Program Subsidi Upah?

  • Majikan hendaklah membayar gaji pekerja seperti biasa dengan kadar
    yang sama dan kemudian mengemukakan permohonan Program Subsidi
    Upah kepada PERKESO. Bantuan subsidi upah yang diterima dari PERKESO
    adalah bantuan kewangan kepada majikan. Bayaran caruman PERKESO
    dan SIP adalah wajib diteruskan berdasarkan gaji sebenar pekerja.

 

PROGRAM SUBSIDI UPAH

  • PRIHATIN pada 27 Mac 2020
  • Penambahbaikan PRIHATIN pada 6 April 2020
  • Subsidi upah kepada majikan untuk tujuan mengekalkan pekerja
  • 1 April 2020
  • Dikemukakan oleh majikan
  • Pekerja bergaji RM4,000 dan ke bawah
  • Majikan hendaklah mengekalkan pekerja mereka sekurang-kurangnya untuk tempoh 6 bulan
  • RM600 atau RM800 atau RM1,200 sebulan bagi seorang pekerja untuk tempoh 3 bulan, bergantung kepada jumlah pekerja syarikat

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Pegawai Perkhidmatan
Pelanggan PERKESO di talian 03-4264 5555 / 03-8091 5100 / 1-300-22-8000 atau
emel kepada perkeso@perkeso.gov.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *