BPN : Jenis Kategori Bujang Yang Layak Memohon BPN

BPN : Jenis Kategori Bujang Yang Layak Memohon BPN

BPN : Jenis Kategori Bujang Yang Layak Memohon BPN
BPN : Jenis Kategori Bujang Yang Layak Memohon BPN

Bujang
a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak melaporkan
maklumat Anak pada permohonan BSH 2020; dan
b) Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahun dan
ke atas); dan
c) Pendapatan Bujang adalah RM2,000 dan ke bawah.

Baca Juga

  1. Cara Memohon BPN & Semakan Bantuan Untuk Pemandu Teksi & Pelancong
  2. BPN : Cara Semak Duit BPN Sudah Masuk Atau Belum Tanpa Melihat Akaun Bank
  3. Cara Memohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

Bujang
a) Individu yang berstatus bujang dalam data percukaian; dan
b) Had umur adalah 21 tahun dan ke atas; dan
c) Pendapatan bulanan adalah RM2,001 hingga RM4,000 berdasarkan Borang Nyata
Cukai Pendapatan (BNCP).

Berapa Kelayakan Bujang ?
Pendapatan RM0 – RM2,000 layak mendapat RM800  
Manakala Pendapata RM2,001 – RM4,000 layak mendapat RM500

Soalan Lazim 

Adakah pemohon Bujang berstatus Pelajar Separuh Masa layak menerima Bantuan
Prihatin Nasional B40 & M40?

  • Pemohon Bujang yang berstatus pelajar separuh masa adalah layak memohon Bantuan
    Prihatin Nasional B40 & M40. Walau bagaimanapun, kelulusan adalah tertakluk kepada
    Kementerian Kewangan Malaysia.

Adakah warga emas sebatang kara akan menerima bantuan sebagai isi rumah?

  • Tidak, warga emas sebatang kara berumur 60 tahun ke atas akan menerima bantuan sebagai
    bujang

Saya merupakan bujang yang akan memasuki umur 21 tahun pada tahun 2020.
Sekiranya saya belum cukup umur 21 tahun pada Mac 2020, adakah saya layak
memohon?

  • Individu yang memasuki umur 21 tahun dalam tahun 2020 adalah layak memohon.

Saya adalah bujang dan menanggung adik-beradik di bawah umur 21 tahun kerana
ketiadaan ibu dan bapa (telah meninggal dunia). Adakah saya layak memohon bantuan
sebagai isi rumah mempunyai tanggungan?

  • Tidak layak memohon sebagai isi rumah. Pemohon layak menerima bantuan kategori bujang
    sahaja.

Saya baru berkahwin pada tahun 2019 / awal tahun 2020. Berdasarkan semakan, saya
telah lulus di bawah kategori bujang tetapi pasangan tidak mempunyai rekod / tidak
layak Bantuan Prihatin Nasional. Bolehkah saya membuat permohonan kemaskini
kepada kategori isi rumah? Adakah saya akan dikenakan tindakan perundangan
sekiranya memohon sebagai kategori bujang sedangkan saya telah berkahwin?

  • Permohonan kemaskini status perkahwinan adalah tidak dibenarkan. Pasangan tersebut
    boleh membuat permohonan baharu di bawah kategori bujang. Anda tidak akan dikenakan
    tindakan perundangan.

Saya telah bercerai dan berdasarkan semakan, saya telah lulus di bawah kategori isi
rumah. Bolehkah saya membuat permohonan kemaskini kepada kategori bujang?

  • Permohonan kemaskini status perkahwinan adalah tidak dibenarkan. Kelulusan yang
    dipaparkan di Portal BPN adalah kekal kerana ia berdasarkan rekod terkini yang terdapat di
    pangkalan data BSH dan percukaian.

3 Replies to “BPN : Jenis Kategori Bujang Yang Layak Memohon BPN”

  1. Assalam. Nak tanya, kalau bujang yg tiada pendapatan / tidak bekerja mcm saya ni layak ke dpt bantuan bpn bujang?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *