Lebih 20 Ribu Rakyat China Bercuti Selepas Covid-19

Lebih 20 Ribu Rakyat China Bercuti Selepas Covid-19

Lebih 20 Ribu Rakyat China Bercuti Selepas Covid-19
Lebih 20 Ribu Rakyat China Bercuti Selepas Covid-19

Memetik laporan South China Morning Post, lebih 20,000 pengunjung warga China sendiri membanjiri Gunung Huangshan pada hujung minggu lalu. Dengan kepadatan pengunjung ke sana membuatkan pusat pelancongan di wilayah Anhui itu terpaksa ditutup.

Baca Juga :

  1. Bantuan Prihatin Nasional (BPN) – Cara Memohon Baru & Semak Status Permohonan
  2. BPN : Jenis Kategori Bujang Yang Layak Memohon BPN
  3. Syarikat Yang Dapat Subsidi Tidak Dibenarkan Memotong Gaji Pekerja

Orang ramai yang bertandang ke Gunung Huangshan dan Yellow Mountain itu kelihatan menyulitkan lagi keadaan memandangkan negara tersebut baru saja pulih dari serangan Covid-19.

 

Perkara ini juga adalah disebabkan kerajaan di wilayah Anhui telah menawarkan tiket masuk percuma ke 29 tempat pelancongan di situ. Hal ini adalah bagi meningkatkan jumlah pengunjung setelah negara itu diisytiharkan darurat akibat Coronavirus.

Bagaimanapun, pengunjung turut diperiksa tahap suhu mereka selain memakai topeng muka (mask) dan menunjukkan status kesihatan yang telah disahkan pakar.

Langkah pencegahan perlu diamalkan

Namun, pada hari Ahad lalu iaitu 5 April 2020, pihak penganjur terpaksa menutup tempat tersebut ekoran terlalu ramai pengunjung sehingga cecah 20,000 orang. Mereka turut dinasihatkan untuk datang di lain hari.

Menurut Benjamin Cowling yang merupakan seorang profesor di Hong Kong University menyifatkan China perlu berjaga-jaga dengan penularan wabak Covid-19 yang pernah ‘menyerang’ mereka.

I think China is keeping a close eye on Covid-19 detections and may need to tune the social distancing measures that are needed to keep Covid-19 contained. For now, it may be OK to relax some measures, but those measures should be tightened if case numbers pick up.

China perlu mengamalkan jarak sosial bagi terus membendung gejala ini daripada menular lagi. Walaupun keadaan kesihatan di negara itu telah stabil namun, langkah pencegahan masih perlu diamalkan. Tambahnya lagi, dia juga tidak akan terkejut sekiranya kebanyakan negara melarang perhimpunan besar-besaran sepanjang tahun 2020 ini.

Kerugian lebih 1.2 trilion Yuan

Sektor pelancongan dan kebudayaan di negara China terjejas teruk angkara Coronavirus yang melanda negara itu. Menurut Presiden Pelancongan China iaitu Dai Bin menganggarkan peningkatan pelancongan dalam negeri akan melonjak naik sebanyak 56%.

Banyak pusat pelancongan terkenal ditutup antaranya adalah Menara Shanghai Oriental Pearl dan Menara Shanghai Jinmao. Negara itu juga menghadapi kerugian dalam sektor pelancongan sebanyak kira-kira 1.2 trilion Yuan (RM 737,121,600,000.00) bagi tahun 2020.

Sumber – South China Morning Post , Mail Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *