COVID-19: Pelajar IPT Tidak Dibenarkan Pulang Dan Terus Kekal Di Asrama

COVID-19: Pelajar IPT Tidak Dibenarkan Pulang Dan Terus Kekal Di Asrama

COVID-19: Pelajar IPT Tidak Dibenarkan Pulang Dan Terus Kekal Di Asrama
COVID-19: Pelajar IPT Tidak Dibenarkan Pulang Dan Terus Kekal Di Asrama

 

Pelajar institut pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta diminta terus kekal di asrama dan kolej masing-masing sehingga arahan terbaharu dikeluarkan.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan hari ini, kementerian bersetuju dengan keputusan kerajaan supaya pelajar terus kekal berada di lokasi masing-masing sehingga arahan terbaharu dikeluarkan daripada semasa ke semasa

Katanya, KPT juga masih memperhalusi cadangan membenarkan penuntut yang masih tinggal di asrama dan kolej untuk dibawa pulang ke rumah masing-masing.

Menurut kenyataan itu, cadangan itu perlu diperhalusi selepas menerima saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Saranan ini dibuat dengan mengambil kira pergerakan penuntut secara beramai-ramai akan membawa risiko penularan semula COVID-19 yang kini telah mula menunjukkan tanda pengurangan,” katanya hari ini.

Menurut kenyataan itu, pihak KPT yakin semua penuntut yang terjejas memahami bahawa kerajaan sedang berhadapan dengan saat getir dalam menangani ancaman global ini.

“Kerajaan juga menghargai pengorbanan dan solidariti yang ditunjukkan semua penuntut untuk bersama-sama memerangi wabak ini.

“Apa yang diperlukan ketika ini adalah sedikit kesabaran untuk terus bertahan berada di dalam kampus sehingga usaha untuk memutuskan rantaian COVID-19 ini berjaya dilaksanakan,” kata kenyataan itu lagi.

Tambah kenyataan itu, semua penuntut disarankan memanfaatkan masa senggang sepanjang PKP dengan aktiviti berfaedah seperti pembalajaran dalam talian, meneroka penggunaan teknologi terkini dalam pembelajaran, melebarkan jaringan profesional di dalam Linkedin dan komuniti Research Gate dan sebagainya.

Dalam pada masa, katanya penuntut juga dinasihatkan untuk terus mengambil langkah pencegahan dengan sentiasa mencuci tangan, memakai topeng muka serta mengamalkan penjarakan sosial.

Ketika ini, terdapat hampir 80,000 penuntut berada di kampus masing-masing susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa pertama dan kedua.

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *