COVID-19 : Vaksin COVID19 Mungkin Mengambil Masa Setahun

COVID-19 : Vaksin COVID19 Mungkin Mengambil Masa Setahun

COVID-19 : Vaksin COVID19 Mungkin Mengambil Masa Setahun
COVID-19 : Vaksin COVID19 Mungkin Mengambil Masa Setahun

Penyelidikan vaksin untuk COVID-19 yang sedang dijalankan mungkin mengambil masa kira-kira setahun.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata selain Malaysia, kajian mendapatkan vaksin sama dijalankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Gabungan Inovasi Persediaan Wabak (CEPI), selain beberapa pertubuhan antarabangsa.

“Sama-sama kita tunggu dan berharap dapat ditemukan vaksin dalam masa setahun,” katanya pada sidang media harian COVID-19 di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengkaji ubat yang boleh digunakan untuk merawat pesakit COVID-19, selain ubatan sedia ada yang digunakan ketika ini.

Katanya, ada satu kajian untuk ubat merawat COVID-19 sedang dijalankan di Universiti Malaya (UM), selain satu kajian solidariti ubat dengan WHO untuk melihat penggunaan ubatan lain.

Menyentuh kajian terhadap tocilizumab di UM, Dr Noor Hisham berkata, ia kerjasama antara dua hospital bawah KKM dan universiti.

Beliau berkata, apa yang penting ialah untuk melihat cara penyelidikan itu dijalankan di empat hospital selain pihaknya berharap prosedur operasi standard (SOP) atau tatacara dipatuhi untuk mendapatkan hasil yang boleh dimanfaatkan.

“Jika kajian memperoleh vaksin berkesan kita akan gunakannya untuk meningkatkan antibodi kepada setiap orang.

“Tetapi ubat untuk perawatan pesakit tahap tiga dan tahap empat kita ada pilihan yang terbaik. Sekarang ini kita sedang guna ubat itu tetapi sedang pantau kesan sampingan,” katanya.

Ditanya mengenai penggunaan plasma darah bekas pesakit COVID-19 untuk rawatan, Dr Noor Hisham berkata setakat ini sudah ada 12 pesakit tampil menyumbang.

Katanya, sebelum darah mereka diambil, bekas pesakit itu perlu diberikan kaunseling dan menjalani ujian jangkitan kuman COVID-19 atau virus lain.

“Setelah beri kaunseling kita akan rujuk mereka kepada Pusat Darah Negara, akan ambil darah dan laksanakan kajian itu.

“Sekarang kajian di peringkat awal jadi kita kena lihat dulu mungkin akan memakan masa sebelum kita mendapat bukti kukuh untuk kita gunakan,” katanya.

Berhubung kit ujian pantas dari Amerika Syarikat (AS), beliau berkata, ada beberapa isu kerana walaupun kilang pembuatannya di Pulau Pinang, pihaknya perlu mendapatkan reagen dari Taiwan serta kelulusan daripada syarikat di AS.

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *