Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP RM500 Sepanjang 12 Bulan

Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP RM500 Sepanjang 12 Bulan

Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP RM500 Sepanjang 12 Bulan
Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP RM500 Sepanjang 12 Bulan

Konsep am Pengeluaran i-Lestari.

Konsep am Pengeluaran i-Lestari adalah seperti berikut:

  1. Pengeluaran adalah daripada Akaun 2 sahaja
  2. Bayaran pengeluaran akan dibuat secara bulanan dan berulang (recurring) untuk bulan-bulan berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran seperti di para (c)
  3. Kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah dikira bermula daripada tarikh penerimaan permohonan pengeluaran yang diluluskan oleh KWSP hingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu 31 Mac 2021.

Contoh Situasi:

  1. Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan April 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah bilangan maksimum selama 12 bulan.
  2. Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan September 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah selama 7 bulan.
  3. Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan Mac 2021, kelayakan bilangan pengeluaran adalah selama 1 bulan.

Kelayakan ahli untuk memohon Pengeluaran i-Lestari.

  1. Warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara Malaysia ;
  2. Berumur di bawah 55 tahun; dan
  3. Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2

Bagi yang belum membuat akaun KWSP boleh rujuk disini : Cara Mendaftar i-Akaun KWSP Hanya Dari Rumah

Bagi yang terlupa kata laluan ataupun ID KWSP anda boleh rujuk disini : KWSP: Lupa ID dan Kata Laluan i-Akaun KWSP? Ikut Langkah Ini Untuk Dapatkan Semula

Bagi yang ingin menyemak wang yang tidak dituntut boleh rujuk disini : Cara Semak Wang Tidak Dituntut & Mohon Duit Tidak Dituntut (WTD) Secara Online

Cara Memohon Pengeluaran i-Lestari KWSP

Pertama sekali layari laman web https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login

  • Login i-Akuan Anda

  • Masukan kata laluan anda

  • Semak baki akaun 2 sebelum anda membuat pengeluaran

  • Tekan bahagian ‘WITHDRAWAL
  • Selepas itu, Tekan ‘NEW APPLICATION’

  • Pilih ‘i-Lestari‘ & teruskan

  • Tulis berapa amaun yang anda ingin keluarkan
  • Pilih akaun bank anda dan masukkan no akaun anda

 

  • Lengkapkan maklumat peribadi anda & teruskan

  • Akhir sekali permohonan anda telahpun diterima oleh pihak KWSP

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *