Cara Memohon i-Lestari Secara Online, Tidak Perlu Ke KWSP & Beratur

Cara Memohon i-Lestari Secara Online, Tidak Perlu Ke KWSP & Beratur

[Terkini] Borang Permohonan Pengeluaran i-Lestari, Tidak Perlu Ke KWSP & Beratur
Cara Memohon i-Lestari Secara Online, Tidak Perlu Ke KWSP & Beratur
Anda boleh membuat permohonan di https://ilestari.kwsp.gov.my/submit-request.php

Semakan Status Permohonan Anda di https://ilestari.kwsp.gov.my/check-status.php

  1. Sila pastikan Nombor MyKad dan nombor telefon bimbit adalah betul dan tepat.
  2. Semakan status permohonan boleh dibuat dalam tempoh DUA (2) hari selepas permohonan dibuat.
  3. Permohonan melalui emel/ pos akan mengambil masa bagi proses pengesahan.
  4. Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) akan dihantar ke Nombor Telefon Bimbit yang didaftarkan dalam permohonan sebagai pengesahan pengkreditan pengeluaran telah dibuat.
  5. Anda disarankan untuk membuat permohonan anda melalui i-Lestari Online.

Baca Juga :

  1. BPN : Bagi Sesiapa Yang Belum Dapat BPN Disarankan Untuk Kemaskini Akaun Bank
  2. Cara Semak Wang Tidak Dituntut & Mohon Duit Tidak Dituntut (WTD) Secara Online
  3. Syarikat Yang Dapat Subsidi Tidak Dibenarkan Memotong Gaji Pekerja

Cara memohon rujuk disini 

[Terkini] I-Lestari KWSP Pengeluaran Secara Online, Tidak Perlu Ke KWSP & Beratur 2

[Terkini] I-Lestari KWSP Pengeluaran Secara Online, Tidak Perlu Ke KWSP & Beratur 2

BIL SOALAN & JAWAPAN
ASAS
1 Tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari.
Pengeluaran i-Lestari adalah berkuatkuasa bagi tempoh 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021.
2 Konsep am Pengeluaran i-Lestari.
Konsep am Pengeluaran i-Lestari adalah seperti berikut:

  1. Pengeluaran adalah daripada Akaun 2 sahaja.
  2. Bayaran pengeluaran akan dibuat secara bulanan dan berulang (recurring) untuk bulan-bulan berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran seperti di item (c).
  3. Kelayakan bilangan bulan pengeluaran dikira bermula dari tarikh penerimaan permohonan pengeluaran yang diluluskan oleh KWSP sehingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu 31 Mac 2021.

Ilustrasi:

  1. Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan April 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah bilangan maksimum selama 12 bulan.
  2. Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan September 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah selama 7 bulan.
  3. Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan Mac 2021, kelayakan bilangan pengeluaran adalah selama 1 bulan.
3 Kelayakan Ahli untuk memohon Pengeluaran i-Lestari.
  1. Warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara Malaysia ;
  2. Berumur di bawah 55 tahun; dan
  3. Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2
4 Tempoh Ahli membuat permohonan Pengeluaran i-Lestari.
Ahli boleh menghantar borang permohonan Pengeluaran i-Lestari mulai 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021. (Permohonan hendaklah diterima oleh KWSP sebelum atau pada 31 Mac 2021)
5 Amaun yang layak dikeluarkan oleh Ahli di bawah Pengeluaran i-Lestari.
Amaun Pengeluaran i-Lestari yang layak dikeluarkan adalah minimum RM50 dan maksimum RM500 sebulan; tertakluk kepada jumlah simpanan yang ada di dalam Akaun 2 semasa bayaran pengeluaran bagi bulan berkenaan dibuat. Jika jumlah simpanan Akaun 2 adalah kurang daripada amaun yang dimohon, maka amaun pengeluaran untuk bulan berkenaan adalah berdasarkan jumlah tersebut.
6 Bilakah bayaran untuk permohonan yang diluluskan akan dibuat kepada Ahli?
Bagi permohonan pengeluaran yang diterima pada bulan April 2020, bayaran akan dibuat bermula pada bulan Mei 2020.

Manakala bagi permohonan pengeluaran yang diterima selepas bulan April 2020, bayaran pengeluaran bermula dari tarikh permohonan pengeluaran diterima oleh KWSP.

Permohonan untuk bayaran bulan kebelakang (backdated) tidak dibenarkan.

7 Permohonan untuk mengubah amaun bayaran pengeluaran.
Buat masa ini Ahli tidak boleh mengubah amaun pengeluaran bulanan berulang yang telah diluluskan.
8 Saluran permohonan borang permohonan Pengeluaran i-Lestari.
Permohonan Pengeluaran i-Lestari boleh dibuat mulai 1 April 2020 melalui saluran-saluran berikut :

  1. Secara dalam talian melalui i-Lestari Online yang disediakan di laman web KWSP di www.kwsp.gov.my. Klik di sini untuk mengakses permohonan melalui i-Lestari Online;
  2. Secara dalam talian melalui e-Pengeluaran dalam i-Akaun (Ahli); atau
  3. Secara hantaran pos kepada alamat :

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Beg Berkunci No 220, Jalan Sultan 46720, Petaling Jaya
Nota: Sila catatkan (UP : i-Lestari) di hadapan sampul surat.

Ahli disarankan untuk membuat permohonan melalui i-Lestari Online dan e-Pengeluaran dalam i-Akaun (Ahli) untuk mempercepatkan proses kelulusan.

Permohonan secara manual yang dihantar melalui pos akan mengambil masa yang lebih lama untuk diproses.

Permohonan pengeluaran oleh Ahli bukan warganegara Malaysia hanya boleh dihantar melalui pos sahaja.

9 Mengapakah amaun Pengeluaran i-Lestari terhad kepada maksimum RM500 dan secara bulanan?
Pengeluaran i-Lestari adalah bertujuan untuk meringankan beban kewangan Ahli bagi memenuhi keperluan asas bulanan dalam tempoh pandemik COVID-19 ini. Jumlah maksimum RM500 sebulan ini adalah jumlah yang berpatutan bagi menambah sumber kewangan Ahli bagi memenuhi keperluan asas untuk bulan yang berkenaan.
10 Mengapakah kekerapan bayaran Pengeluaran i-Lestari terhad kepada sekali sebulan?
Kekerapan bayaran Pengeluaran i-Lestari adalah terhad kepada sekali sebulan adalah kerana pengeluaran ini bertujuan untuk menambah sumber pendapatan bulanan Ahli bagi memenuhi keperluan asas setiap bulan.
11 Mengapakah Pengeluaran i-Lestari hanya untuk tempoh setahun sahaja?
Tujuan Pengeluaran i-Lestari adalah untuk membantu Ahli meneruskan kelangsungan hidup ketika berdepan dengan pandemik COVID-19 pada ketika ini. Kerajaan akan terus memantau perkembangan situasi ini dan keperluan pengeluaran ini dari semasa ke semasa dan dijangka impak pandemik COVID-19 akan berakhir selepas tempoh tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *