COVID-19: 12 Senarai Barang Dikawal Harga Mulai Hari Ini & Senarai No Telefon Untuk Buat Laporan

Penguatkuasakan Skim Harga Maksimum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan bermula esok hingga 28 April ini bagi memastikan harga 12 barangan keperluan harian dapat dikawal sepanjang peraturan itu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata 12 barang itu ialah ayam, telur ayam, minyak masak, tepung gandum, tomato, kubis dan ikan kembung.

Katanya, bagaimanapun perincian mekanisme Skim Harga Maksimum PKP akan diumumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“Pada masa sama, KPDNHEP akan memantau bekalan dan harga 25 barangan keperluan harian sepanjang tempoh PKP berkuatkuasa.

“Antara barangan dipantau termasuk barang makan kering seperti gula, minyak masak, beras dan roti putih, manakala barang segar seperti ayam, sayuran, telur, bawang dan susu segar.

“Barang kebersihan dan kesihatan pula seperti cecair pembasmi kuman dan pembersih tangan, topeng muka, tisu tandas, lampin bayi dan dewasa,” katanya pada sidang media harian pelaksanaan PKP di Putrajaya dekat sini, hari ini.

Ismail Sabri menjelaskan penguatkuasa KPDNHEP membuat pemantauan harian di 1,133 pemeriksaan premis perniagaan termasuk peruncit (844), pemborong (260) dan pengilang (29), semalam.

“Ingin ditegaskan sekali lagi, bekalan makanan dan keperluan asas harian adalah mencukupi. Tiada sebab untuk membuat pembelian panik.

“Kerajaan sentiasa mendengar keluhan rakyat mengenai sikap sesetengah peniaga yang tidak bertanggungjawab menaikkan harga barangan keperluan sewenang-wenangnya,” katanya.

Untuk buat aduan anda boleh hubungi

COVID-19: 12 Barang Dikawal Harga Mulai Hari Ini
COVID-19: 12 Barang Dikawal Harga Mulai Hari Ini

Info lanjut rujuk https://www.kpdnhep.gov.my/ms/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *