Sidang Video Agong & PM menarik perhatian netizan

Sidang Video Agong & PM menarik perhatian netizan

"Sweetnya Conversation TUANKU dengan PM" - Warganet
Sidang Video Agong & PM menarik perhatian netizan

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengadakan sesi Pra-Kabinet bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, menerusi sidang video di Istana Negara.

Ia menarik perhatian netizen apabila perbincangan itu diadakan secara sempoi dan tenang.

Baca Juga :

  1. Dr Noor Hisham Dinobatkan Oleh Media China Doktor Terbaik Menangani Wabak Covid-19
  2. PKP : Bapa “KOREK TABUNG” Duit Syiling & RM 1 Untuk Bayar Kompaun Anak
  3. BPN : Jika BPN Anda ‘GAGAL KREDIT’ Ikuti Langkah Ini

 

View this post on Instagram

 

15 April 2020 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan mengadakan sesi Pra-Kabinet bersama YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi sidang video (video conference) di Istana Negara, hari ini. Sesi video conference ini julung kali diadakan untuk mesyuarat Pra-Kabinet berikutan fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk membendung pandemik Covid-19. Seri Paduka Baginda turut berkenan supaya mesyuarat Pra-Kabinet diteruskan menerusi sidang video semasa PKP ini berjalan untuk Seri Paduka Baginda berbincang dengan YAB Perdana Menteri khususnya berkenaan isu-isu semasa. Ini mencerminkan keprihatinan tinggi Yang di-Pertuan Agong terhadap pentadbiran negara dan kesejahteraan rakyat kerana secara lazimnya Seri Paduka Baginda akan berangkat ke Istana Melawati di Putrajaya untuk mesyuarat Pra-Kabinet. Daulat Tuanku #agongkita

A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara) on

Posting yang dimuat naik di laman Instagram Istana Negara itu mengundang perhatian warganet bagi memberikan pelbagai reaksi.

Rata-rata netizen tersentuh hati mendengar perbualan Seri Paduka dan Perdana Menteri yang prihatin terhadap kesejahteraan rakyat serta pentadbiran negara.

Antara komen-komen warganet

Sumber –Oh My Media ,Instagram , BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *