6.5 juta penerima B40 terima BPN dengan bayaran lebih RM4.8 bilion setakat ini – Kementerian Kewangan

6.5 juta penerima B40 terima BPN dengan bayaran lebih RM4.8 bilion setakat ini – Kementerian Kewangan

Kerajaan sehingga hari ini telah menyalurkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kepada 6.5 juta penerima golongan berpendapatan rendah (B40), melibatkan bayaran melebihi RM4.8 bilion, menurut Kementerian Kewangan (MoF).

Baca Juga :

  1. BPN : Cara Memohon Rayuan BPN Jika Permohonan Anda Tidak Lulus
  2. [Terkini] Borang Permohonan Pengeluaran i-Lestari Secara Online, Tidak Perlu Ke KWSP & Beratur
  3. PKP : Cuti Tahunan Dan Cuti Sakit Pekerja Tidak Boleh Ditolak Majkan

Namun begitu, terdapat sebahagian kecil penerima B40 yang telah diluluskan BPN tetapi belum menerima pembayaran berkenaan kerana tidak mempunyai akaun bank atau bayaran BPN gagal dikreditkan ke dalam akaun mereka, kata MoF dalam kenyataan hari ini.

Kementerian itu berkata justeru, penerima berkenaan boleh menerima bayaran secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 April, 2020 hingga 31 Dis, 2020.

Penerima boleh melayari BPN : Senarai Penuh Cawangan & Waktu Operasi BSN Untuk Pembayaran BPN Secara Tunai

MoF menasihatkan penerima yang pergi ke cawangan BSN supaya membawa kad pengenalan masing-masing serta mematuhi penjarakan sosial selain arahan kesihatan dan keselamatan daripada anggota polis dan Jabatan Sukarelawan Malaysia yang bertugas.

Inisiatif BPN merupakan langkah PRIHATIN di bawah matlamat Lindungi Rakyat, bagi memastikan kerajaan dapat menyalurkan bantuan kepada golongan B40 yang amat memerlukan, terutama susulan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 28 April, 2020.

“Kerajaan berharap agar bantuan ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban kehidupan golongan yang disasar ini,” kata kementerian itu.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *