BPN : Senarai Penuh Cawangan & Waktu Operasi BSN Untuk Pembayaran BPN Secara Tunai

BPN : Senarai Penuh Cawangan & Waktu Operasi BSN Untuk Pembayaran BPN Secara Tunai

BPN : Senarai Penuh Cawangan & Waktu Operasi BSN Untuk Pembayaran BPN Secara Tunai
BPN : Senarai Penuh Cawangan & Waktu Operasi BSN Untuk Pembayaran BPN Secara Tunai

Penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang tidak mempunyai akaun bank boleh menerima bayaran secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai hari ini sehingga 31 Disember 2020.

Baca Juga :

  1. BPN : Cara Memohon Rayuan BPN Jika Permohonan Anda Tidak Lulus
  2. BPN : Jika BPN Anda ‘GAGAL KREDIT’ Ikuti Langkah Ini
  3. BPN : Cara Mendapat Diskaun 50% Bil Elektrik Selama 6 Bulan

Menurut Kementerian Kewangan, terdapat sebahagian kecil penerima B40 yang telah diluluskan BPN tetapi belum menerima pembayaran berkenaan kerana tidak mempunyai akaun bank atau bayaran BPN gagal dikreditkan ke dalam akaun mereka.

“Penerima yang ke cawangan BSN perlu membawa kad pengenalan masing-masing dan dinasihatkan agar mematuhi penjarakkan sosial serta arahan kesihatan dan keselamatan daripada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang bertugas.

“Inisiatif di atas adalah hasil daripada langkah Prihatin di bawah matlamat Lindungi Rakyat, bagi memastikan kerajaan dapat menyalurkan bantuan kepada masyarakat B40 yang amat memerlukannya, terutamanya dengan penyambungan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 28 April 2020.

“Kerajaan berharap agar bantuan ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban kehidupan golongan yang disasar ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Untuk rekod, sehingga hari ini, kerajaan telah menyalurkan BPN kepada 6.5 juta penerima golongan berpendapatan rendah (B40) melibatkan bayaran melebihi RM4.8 bilion.

Cawangan yang dibuka dan waktu operasi seluruh negeri :-

Klik pada butang anak panah untuk seterusnya

SENARAI CAW BEROPERASI HARI CUTI – BPN.pdf (1)

Info lebih lanjut  NOTIS PEMBAYARAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL

Sumber 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *