BPN : Cara Memohon Program Subsidi Upah PERKESO

BPN : Cara Memohon Program Subsidi Upah PERKESO

BPN : Cara Memohon Program Subsidi Upah PERKESO
BPN : Cara Memohon Program Subsidi Upah PERKESO

Program Pengekalan Pekerjaan

PERKESO memperkenalkan Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) iaitu bantuan segera sebanyak RM600 sebulan kepada majikan yang perlu diberikan kepada setiap pekerja yang diminta bercuti tanpa gaji akibat penularan wabak Coronavirus COVID-19.

Program Pengekalan Pekerjaan adalah untuk pekerja yang bercuti tanpa gaji.

Baca Juga :

  1. BPN : Senarai Penuh Cawangan & Waktu Operasi BSN Untuk Pembayaran BPN Secara Tunai
  2. BPN : Cara Memohon Rayuan BPN Jika Permohonan Anda Tidak Lulus
  3. Dr Noor Hisham Dinobatkan Oleh Media China Doktor Terbaik Menangani Wabak Covid-19

Sedikit mengenai Program Subsidi Upah

Program Subsidi Upah atau Wage Subsidy adalah subsidi upah sebanyak RM600 sebulan yang dibayar kepada majikan bagi setiap pekerja mereka.

Ini adalah terhad kepada 200 orang pekerja sahaja, bagi tempoh maksima 3 bulan.

Program Subsidi Upah adalah untuk majikan yang masih mahu mengekalkan pekerja mereka.

 

Perbezaan Program Pengekalan Pekerja dan Program Subsidi Upah

Rujuk infografik di bawah:

Cara Mohon Program Subsidi Upah PERKESO
Cara Mohon Program Subsidi Upah PERKESO

Kemaskini Pakej Prihatin TAMBAHAN PKS

Peruntukan bagi program subsidi upah yang diumumkan pada 27 Mac 2020 yang lalu akan dinaikkan daripada RM5.9 bilion kepada RM13.8 bilion, iaitu tambahan sebanyak RM7.9 bilion.

Di bawah inisiatif tambahan ini, semua syarikat dengan pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah akan menerima bantuan subsidi upah seperti berikut:

Syarikat mempunyai pekerja 1-75 orang

Bagi syarikat yang mempunyai bilangan pekerja sehingga 75 orang, syarikat akan menerima subsidi upah sebanyak RM1,200 bagi setiap pekerja.

 

Syarikat mempunyai pekerja 76-100 orang

Bagi syarikat yang mempunyai bilangan pekerja 76 hingga hingga 200 orang, syarikat akan menerima subsidi upah sebanyak RM800 bagi setiap pekerja.

 

Syarikat mempunyai pekerja lebih 200 orang

Bagi syarikat yang mempunyai pekerja lebih daripada 200 orang, subsidi upah sebanyak RM600 bagi setiap pekerja dikekalkan.

Namun, bilangan maksimum pekerja yang layak untuk menerima subsidi akan ditingkatkan daripada 100 orang kepada 200 orang pekerja.

 

Majikan mesti berdaftar dengan SSM

Melalui penambahbaikan ini, syarikat- syarikat akan menerima lebih banyak manfaat dan bantuan.

Bantuan ini adalah untuk selama 3 bulan dan dikhususkan kepada majikan yang telah berdaftar dengan SSM atau pihak berkuasa tempatan sebelum 1 Januari 2020 dan mendaftar dengan PERKESO.

Bagi majikan yang memilih untuk menerima bantuan ini, mereka disyaratkan untuk mengekalkan pekerja mereka sekurang- kurangnya untuk tempoh 6 bulan, iaitu dalam tempoh 3 bulan semasa menerima subsidi upah dan 3 bulan selepas itu.

Langkah ini adalah penting kepada ia dapat memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja, yang hilang sumber pendapatan.

 

Golongan yang layak Program Pengekalan Pekerja PERKESO

  1. Pekerja yang diberi notis cuti sementara tanpa gaji (unpaid leave) oleh majikan berkuatkuasa mulai 1 Mac 2020
  2. Pekerja sektor swasta yang berdaftar dan mencarum dengan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) PERKESO
  3. Terhad kepada pekerja yang bergaji RM4,000 dan ke bawah
  4. Majikan membuat permohonan bagi pihak pekerja
  5. Majikan hendaklah menyalurkan RM600 terus kepada akaun pekerja

 

Cara mohon Program Pengekalan Pekerja PERKESO

Permohonan hanya boleh dikemukakan oleh majikan bagi pihak pekerja.

Ini bermakna, pekerja tidak perlu buat apa-apa melainkan untuk maklumkan dan ingatkan majikan supaya buat permohonan ERPC-19.

Buat masa ini, tiada sistem online dibangunkan. Majikan perlu buat secara manual dengan mengisi borang dan email kepada pihak SOCSO.

  • Majikan perlu download borang ERPC-19
  • Majikan perlu isi borang ERPC-19
  • Masukkan butiran majikan seperti berikut:
    • No Kod Majikan
    • No Akaun Bank
    • Nama Bank
    • Nama Perusahaan
    • Industri
    • Alamat Surat Menyurat
    • Nombor Telefon Majikan
    • Nombor Faks
    • E-mel
    • Pernyataan jika mempunyai pekerja asing atau tidak
  • Untuk Program Subsidi Upah PERKESO ini, masukkan maklumat pekerja seperti berikut:
    • Nama Pekerja
    • No Kad Pengenalan
    • Jawatan
    • Nombor Telefon Pekerja
    • Email Pekerja
    • Tempoh Notis Cuti Tanpa Gaji (berapa hari)
    • Gaji Semasa dalam Ringgit Malaysia (RM)
  • Sediakan dokumen sokongan diminta seperti berikut:
    • Salinan Penyata Akaun Perusahaan berserta Nombor Pendaftaran majikan
    • Notis pemberian cuti tanpa gaji kepada pekerja yang terlibat
    • Lampiran senarai pekerja yang terlibat dalam format Microsoft Excel
    • Bagi tuntutan yang ke 2-6, borang ERPC-19 perlu digunakan dengan pengesahan syarikat dan tandatangan.
  • Email borang dan lampiran Excel untuk senarai pekerja yang terlibat ke erpc19@perkeso.gov.my

 

Syarat Kelayakan Program Subsidi Upah PERKESO

  1. Pekerja mestilah berdaftar dan mencarum di dengan Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO (EIS).
  2. Majikan mestilah membuat akuan syarikat mengalaman penurunan pendapatan sebanyak 50% sejak Januari 2020.
  3. Majikan perlu memastikan mereka tidak membuang pekerja, mengarahkan pekerja mengambil cuti tanpa gaji dan memotong gaji sedia ada pekerja semasa menerima bantuan bagi tempoh 3 bulan tersebut dan 3 bulan berikutnya.
  4. Hanya untuk pekerja yang bergaji RM4,000 dan ke bawah
  5. Terhad kepada 100 orang sahaja bagi setiap majikan terbuka kepada semua sektor.

 

Cara mohon Program Pengekalan Pekerja PERKESO

  1. Layarai laman rasmi PERKESO di https://prihatin.perkeso.gov.my
  2. Klik Sign In
  3. Isi maklumat penting dan sediakan dokumen anda.

Isi maklumat 

Sediakan dokumen yang diperlukan 

Hubungi PERKESO

Sebarang pertanyaan, boleh hubung SOCSO di talian berikut:

  • 03-8091 5100
  • 03-4264 5555
  • 1-300-22-8000

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *