PERKESO : Program Pengekalan Pekerjaan Bantuan Kewangan RM600 Sebulan kepada Pekerja

PERKESO : Program Pengekalan Pekerjaan Bantuan Kewangan RM600 Sebulan kepada Pekerja

PERKESO : Program Pengekalan Pekerjaan Bantuan Kewangan RM600 Sebulan kepada Pekerja
PERKESO : Program Pengekalan Pekerjaan Bantuan Kewangan RM600 Sebulan kepada Pekerja

Program Pengekalan Pekerjaan 2.0 (ERP 2.0) merupakan penambahbaikan kepada program ERP yang sedia ada dalam menyediakan bantuan kewangan segera (Immediate Financial Assistance) sebanyak RM600 sebulan kepada pekerja. Syarat penerimaan ERP 2.0 tertakluk kepada notis cuti tanpa gaji dan terbuka kepada semua syarikat yang berdaftar dengan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) daripada pelbagai industri dan juga mengalami penurunan pendapatan akibat kesan ekonomi daripada wabak Covid 19.

Baca Juga

  1. BPN : Senarai Penuh Cawangan & Waktu Operasi BSN Untuk Pembayaran BPN Secara Tunai
  2. Cara Memohon i-Lestari Secara Online, Tidak Perlu Ke KWSP & Beratur
  3. BPN : Cara Memohon Rayuan BPN Jika Permohonan Anda Tidak Lulus

UNTUK MEMOHON RUJUK DIBAWAH

1. Apakah objektif pelaksanaan Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) dan
bila tarikh dikuatkuasakan?• Program ini bertujuan untuk membantu majikan yang terjejas akibat
Covid-19 yang terpaksa mengambil langkah mengurangkan kos
operasi dengan pendekatan mengeluarkan notis cuti tanpa gaji (CTG).
• Tarikh kuatkuasa Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) adalah mulai 1
Mac 2020 sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan oleh PERKESO.

2. Apakah yang dimaksudkan Program Pengekalan Pekerjaan atau ERP?
• Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) ialah bantuan segera (immediate
assistance) sebanyak RM600 sebulan kepada majikan bagi setiap
pekerja yang diminta bercuti tanpa gaji akibat penularan Covid-19.

3. Apakah syarat kelayakan menerima ERP?
• ERP meliputi semua pekerja sektor swasta yang telah berdaftar dan
mencarum dengan SIP termasuk pekerja sambilan yang telah
mencarum dengan SIP.
• Terhad kepada pekerja yang bergaji bulanan RM4,000 dan ke bawah
sahaja.
• Majikan yang melaksanakan CTG (notis yang telah dikeluarkan kepada
pekerja bagi tempoh mulai 1 Mac 2020).

4. Siapakah yang perlu mengemukakan permohonan?
• Semua permohonan perlu dikemukakan oleh majikan bagi pihak
pekerja mereka.

5. Bagaimanakah cara memohon ERP?
• Majikan yang telah memenuhi syarat di perenggan 3, boleh
menghantar permohonan secara dalam talian yang akan
dimaklumkan kemudian melalui Pekeliling Majikan yang dikeluarkan
oleh PERKESO.
• Semua permohonan ERP daripada majikan hanya boleh dikemukakan
mulai 20 Mac 2020.

6. Bagaimanakah cara majikan menyalurkan bayaran bulanan RM600
kepada pekerja?
• Pembayaran bulanan RM600 kepada pekerja tersebut hendaklah
dikreditkan terus ke dalam akaun mereka dalam tempoh 7 hari sebaik
sahaja bayaran diterima daripada PERKESO.
• Majikan yang gagal untuk menyalurkan bayaran bulanan tersebut
kepada pekerja boleh menyebabkan permohonan berikutnya
digantung dan tindakan undang-undang akan dikenakan ke atas
majikan.

7. Berapa lamakah tempoh layak menerima bantuan ERP?
• ERP yang akan diberikan adalah antara 1 hingga 6 bulan berdasarkan
tempoh notis CTG daripada majikan.

8. Adakah kadar bayaran dan tempoh layak ERP dibayar pada kadar harian?
• Tidak layak. Kadar bayaran bantuan kewangan adalah pada kadar
tetap sebanyak RM600 sebulan. Tujuan bantuan ini adalah untuk
menggantikan pendapatan bulanan yang tidak diterima (unpaid
leave) akibat Covid-19 yang memberi kesan kepada industri
terutamanya sektor pelancongan

9. Siapakah yang tidak layak memohon ERP?
• Pekerja yang tidak berdaftar dan mencarum dengan SIP
• Pekerja yang bergaji bulanan melebihi RM4,000
• Pekerja yang telah diberhentikan kerja
• Pekerja sektor awam
• Mereka yang bekerja sendiri (tidak mempunyai majikan) termasuk
freelancers
• Pekerja asing dan pegawai dagang

10. Bagi mana-mana pekerja yang masih tidak dipanggil bekerja semula atau
telah diberhentikan, adakah pekerja tersebut masih layak memohon
Faedah-Faedah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP)?
• Bagi pekerja yang masih tidak dipanggil bekerja semula selepas notis
CTG tamat, pekerja tersebut hendaklah menganggap beliau telah
kehilangan pekerjaan dan layak menuntut Faedah SIP

11. Bagi mana-mana pekerja yang telah diberhentikan, adakah pekerja
tersebut masih layak memohon faedah-faedah Sistem Insurans Pekerjaan
(SIP)?
• Ya sekiranya pekerja diberhentikan kerja, pekerja-pekerja tersebut layak
memohon faedah kehilangan pekerjaan termasuk program
penempatan semula pekerjaan dan program latihan kemahiran di
mana yuran latihan dan elaun menjalani latihan akan ditanggung
sepenuhnya oleh PERKESO
• Pekerja yang diberhentikan juga boleh mendaftar dengan EISJobs
Portal untuk mencari pekerjaan (eisjobs.perkeso.gov.my)

12. Apakah dokumen sokongan yang perlu dikemukakan oleh majikan
semasa membuat permohonan ERP?
• Surat Notis CTG yang mengandungi senarai pekerja terlibat
• Majikan perlu mengisi maklumat lengkap di Borang Permohonan ERP C19 yang akan diedarkan bersama Pekeliling Majikan.

13. Mengapa ERP dibayar melalui majikan dan tidak terus kepada pekerja?
• Pendekatan ini adalah untuk memastikan semua pekerja yang terlibat
dapat dibantu secara menyeluruh dan tidak timbul pekerja yang
terkecuali. Pendekatan ini juga dilihat sebagai kaedah yang paling
berkesan dan tempoh proses pengesahan dan pembayaran dapat
disingkatkan.

14. Mengapa program ERP tidak meliputi pekerja bergaji RM4,000 ke atas
sedangkan pekerja bergaji lebih RM4,000 turut membayar caruman SIP?
• Pelaksanaan program ERP adalah merupakan dasar Kerajaan bagi
membantu golongan berpendapatan rendah (golongan B40 di mana
pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,900) yang dilaksanakan
secara pentadbiran oleh PERKESO menggunakan dana Kerajaan.

15. Adakah program ERP akan menggalakkan lebih ramai majikan
melaksanakan CTG kepada pekerja?
• Program ERP bertujuan membantu majikan yang menghadapi masalah
kewangan jangka pendek akibat kejutan ekonomi luar jangka dan di
luar kawalan seseorang majikan tanpa perlu memberhentikan pekerja
sedia ada.
• Ini bagi membolehkan perusahaan berkenaan boleh beroperasi serta
merta tanpa perlu membuat pengambilan serta melatih pekerja
baharu sebaik sahaja situasi pulih.

16. Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Pegawai Perkhidmatan
Pelanggan PERKESO di talian 1300-22-8000 atau emel kepada
perkeso@perkeso.gov.my

Layari https://erp.perkeso.gov.my/ untuk memohon

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *