Bantuan Prihatin Nasional – Cara Dapatkan Diskaun Bil Elektrik 2% Sehingga 50% Selama 6 Bulan

Bantuan Prihatin Nasional – Cara Dapatkan Diskaun Bil Elektrik 2% Sehingga 50% Selama 6 Bulan

Bantuan Prihatin Nasional - Cara Dapatkan Diskaun Bil Elektrik 2% Sehingga 50% Selama 6 Bulan
Bantuan Prihatin Nasional – Cara Dapatkan Diskaun Bil Elektrik 2% Sehingga 50% Selama 6 Bulan

Saya adalah pengguna domestik. Apakah yang perlu saya lakukan untuk mendapatkan diskaun?

  • Pengguna domestik tidak perlu mengambil apa-apa tindakan. Diskaun diberikan secara automatik kepada semua pengguna domestik yang berdaftar dengan TNB atau mana-mana pembekal elektrik berdasarkan jumlah penggunaan elektrik untuk tempoh penggunaan mulai 1 April hingga 30 September 2020.

Saya adalah pengguna domestik. Berapakah kadar diskaun yang layak saya terima samada 50%, 25%, 15% atau 2%?

  • Pengguna domestik di Semenanjung Malaysia layak menerima diskaun ini secara automatik seperti jadual di bawah:

Baca Juga

  1. BPN : Cara Semak Duit BPN Sudah Masuk Atau Belum Tanpa Melihat Akaun Bank
  2. Cara Memohon Subsidi Upah Sebanyak 600, 800 & 1,200 Setiap Pekerja
  3. Cara Mendaftar i-Akaun KWSP Hanya Dari Rumah
JUMLAH PENGGUNAAN SEBULAN BAGI PENGGUNA DOMESTIK (KEDIAMAN) KADAR DISKAUN
0 hingga 200 kWh atau sehingga RM43.60 50%
201 hingga 300kWh atau RM43.70 sehingga RM77 25%
301 hingga 600kWh atau RM77.10 sehingga RM231.80 15%
Lebih dari 600kWh atau RM231.90 dan ke atas 2%

Kelayakan diskaun adalah berdasarkan jumlah penggunaan elektrik bulanan. Contoh, sekiranya penggunaan elektrik bulanan adalah 300kWh maka pengguna akan mendapat diskaun sebanyak 25% ke atas bil mereka.

Sekiranya saya menerima diskaun 50% kerana menggunakan elektrik kurang dari 200kWh, adakah saya juga akan menerima diskaun 2%?

  • Tidak. Diskaun 2% yang diumumkan terdahulu oleh Kerajaan pada 16 Mac 2020 adalah termasuk di dalam diskaun tambahan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 27 Mac 2020.

 

Diskaun bil elektrik dikira seperti berikut:

Diskaun  = % Diskaun  x  Caj dalam RM (kW + kWh) + ICPT +  Diskaun Lain (Sekiranya Ada)

Keterangan:

JENIS CAJ KETERANGAN
kWh Caj Penggunaan Elektrik
kW Caj Kehendak Maksimum
ICPT Imbalance Cost Pass Through atau Pelepasan Imbangan Kos Bahan Api dan Penjanaan
Diskaun lain Diskaun Sediada seperti 10% dan Diskaun 20% untuk TASKA

Nota: Jenis caj yang tidak diambilkira untuk Diskaun Bil Elektrik ialah Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu, Surcaj Angkadar Kuasa, Penalti Lewat Bayar, Surcaj Alat Kimpal, Deposit, Tambahan, Lampu Jalan Individu, Caj Minimum Bulanan, myGreen+ dan Caj Bekalan Sementara.

Contoh-contoh pengiraan diskaun bil elektrik pengguna adalah:

Contoh 1: Berdasarkan Bacaan Sebenar Bagi Pengguna Tarif Perdagangan Yang Layak Menerima Diskaun 15% (Penggunaan selepas 1 April 2020)

Pengiraan Diskaun = % Diskaun x (Caj Penggunaan kWh + Caj ICPT)
= 15% x (RM1,565.14 + 62.08)
Jumlah diskaun diterima = (RM 244.08)
Contoh 2 – Berdasarkan Bacaan Sebenar Bagi Pengguna Domestik Dengan Jumlah Penggunaan > 600 kWh (Penggunaan Selepas 1 April 2020)

Pengiraan Diskaun = % Diskaun x (Caj Penggunaan kWh + Caj ICPT)
= 2% x RM 309.88
Jumlah diskaun diterima = (RM 6.20)
Contoh 3 – Berdasarkan Bacaan Sebenar Bagi Pengguna Domestik Dengan Jumlah Penggunaan Antara 201kWh hingga 300 kWh (Penggunaan Selepas 1 April 2020)

Pengiraan Diskaun = % Diskaun x (Caj Penggunaan kWh + Caj ICPT)
= 25% x RM62.64
Jumlah diskaun diterima = (RM 15.66)

TNB memaklumkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bil anggaran akan dikeluarkan. Adakah saya sebagai Pengguna Perdagangan masih layak menerima diskaun yang dinyatakan di atas di dalam bil anggaran saya?

  • Ya. Diskaun tersebut akan dimasukkan di dalam bil anggaran di mana pengiraan diskaun akan dibuat secara prorata dengan mengambilkira penggunaan elektrik mulai 1 April 2020.

Contoh pengiraan bil anggaran bagi pengguna perdagangan dalam tempoh PKP dan melibatkan tempoh peralihan (Mac – April 2020) adalah seperti berikut:

Bagi bil yang melibatkan penggunaan sebelum dan selepas 1 April 2020, kelayakan diskaun akan dikira berdasarkan dua langkah berikut:

  1. Tentukan jumlah bil bagi penggunaan selepas 1 April 2020 untuk diberikan diskaun
  2. Tentukan % dan jumlah diskaun yang layak berdasarkan kategori pengguna

Langkah 1: Tentukan jumlah bil bagi penggunaan selepas 1 April 2020 untuk diberikan diskaun

Komponen bil untuk pengiraan diskaun = Caj Penggunaan kWj + ICPT
= RM419.38 + RM17.06
A :Jumlah bil untuk pengiraan diskaun = RM436.44
B : Bilangan hari dalam bulan April = 1.04.2020 hingga 7.04.2020
= 7 hari
C : Tempoh Pembilan = 31 hari
D : Prorata Hari Layak Diskaun = B/C = 7hari / 31hari
= 0.22581

Langkah 2: Tentukan % dan jumlah diskaun yang layak berdasarkan kategori pengguna

E : Jumlah bil layak mendapat diskaun (penggunaan April 20 sahaja)
=A*D
= RM436.44 X 0.22581
= RM98.55
2% Diskaun Rangsangan Ekonomi =
= 2%*E
= 2% x RM98.55
=(RM1.97)

28. Rumah Kediaman saya telah menerima bil anggaran dengan diskaun elektrik bagi tempoh PKP. Adakah saya akan menerima diskaun elektrik apabila menerima bil dengan bacaan sebenar?

Ya. Bil anggaran yang dikeluarkan akan diselaraskan apabila bacaan sebenar diperolehi. Pelarasan juga akan dibuat ke atas diskaun elektrik.

Bagi pengguna kediaman yang mana bil mereka melibatkan penggunaan sebelum dan selepas 1 April 2020, kelayakan diskaun akan dikira berdasarkan empat langkah berikut:

  • Tentukan jumlah bil bagi penggunaan selepas 1 April 2020 untuk diberikan diskaun
  • Tentukan jumlah kegunaan bagi setiap band berdasarkan prorata tempoh bacaan
  • Kira % diskaun yang layak berdasarkan band yang telah diprorata
  • Selaraskan bil anggaran sebelum ini di mana pengguna telah dicajkan diskaun dalam bulan sebelumnya berdasarkan anggaran

Contoh: Pengguna Kediaman dengan bil sebenar setelah menerima bil anggaran pada bulan sebelumnya. Butiran pembilan ada seperti berikut:

Tempoh pembilan = 08.03.2020 – 06.05.2020 (60 Hari)
Jenis Pembilan Semasa = Bil Sebenar
Jenis Pembilan Terdahulu = Bil Anggaran
Jumlah Bil Anggaran Terdahulu = RM229.14

Langkah 1: Tentukan Jumlah Bil Layak Diskaun (Penggunaan Selepas 1 April 2020)

Komponen bil untuk pengiraan diskaun = Caj Penggunaan kWh
= RM 480.63
A :Jumlah bil untuk pengiraan diskaun = RM 480.63
B : Bilangan hari dalam bulan April & Mei = 1.04.2020 hingga 6.05.2020
= 36 hari
C : Tempoh Pembilan = 60 hari
D : Prorata Hari Layak Diskaun = B/C = 0.60000
E : Jumlah bil layak mendapat diskaun (penggunaan April sahaja)
=A*D
= RM288.38

Langkah 2: Tentukan Jumlah Kegunaan Bagi Setiap Band Berdasarkan Prorata Tempoh Bacaan

Pengiraan Penentuan Threshold Diskaun selepas 1 April
F: Faktor Prorata
= Tempoh Pembilan selepas 1 April / 30 hari
= 36 hari/30 hari = 1.20000
G: Pengiraan  Threshold Bagi Band Penggunaan

0-200 kWh      = 50%
201-300 kWh  = 25%
301-600 kWh  = 15%
> 600 kWh      = 2%

= Band kWh x F

= 200 x 1.2 = 240 kWh
= 300 x 1.2  = 360 kWh
= 600 x 1.2  = 720 kWh
> 720 kWh

Jumlah Kegunaan selepas 1 April 2020 = D x Jumlah Kegunaan (8.3.2020 – 6.5.2020)
= 36 hari / 60 hari x 1,223 kWh
= 0.60000 x 1,233 kWh
= 740 kWh
Memandangkan Jumlah Kegunaan 740 kWh > 720 kWh, maka diskaun yang layak diterima adalah = 2%

Langkah 3: Kira % dan jumlah diskaun yang layak berdasarkan band yang telah diprorata tempoh bacaan

2% Diskaun Rangsangan Ekonomi = 2% x RM 288.38
= 2%*E = (RM 5.77)

Langkah 4: Selaraskan bil yang telah dicajkan semasa tempoh anggaran

Kegunaan = RM480.63 – RM5.77
Pelarasan Anggaran = (RM 229.14)
Kegunaan Bulan Semasa = RM245.72

Adakah terdapat had masa bagi pelarasan diskaun untuk bil anggaran?

  • Bagi pengguna yang menerima bil anggaran (E bill), pelarasan diskaun akan dibuat setakat pembilan 31 Disember 2020 sahaja. Sekiranya bil sehingga pembilan Disember 2020 masih berstatus E, maka diskaun yang telah diberikan dianggap muktamad dan tiada lagi pelarasan akan dibuat setelah bil sebenar diperolehi.

sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *