Daftar Aplikasi ‘Gerak Malaysia’ Di IOS & Play Store Untuk Pulang Dari Kampung

Daftar Aplikasi ‘Gerak Malaysia’ Di IOS & Play Store Untuk Pulang Dari Kampung

 

Orang ramai yang berhasrat untuk pulang dari kampung halaman sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksana boleh mendaftarkan diri mulai 25 April 2020, melalui aplikasi dalam talian ‘Gerak Malaysia’.

Jelas Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pendaftaran tersebut bagi memudahkan pengesanan kontak dilakukan.

Baca Juga:uuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

  1. BPN – Semak Status Permohonan & Permohonan Baru Secara Online
  2. BPN : Penerima BPN Tiada Akaun Bank Boleh Ambil Tunai Di BSN & Senarai Cawangan BSN Yang Beroperasi
  3. Bantuan Prihatin Nasional – Cara Dapatkan Diskaun Bil Elektrik 2% Sehingga 50% Selama 6 Bulan

    Bagi mereka yang tiada kemudahan internet, boleh berdaftar di balai polis berhampiran, dengan syarat membuat temujanji terlebih dahulu.

Tambahnya, perkara ini masih dalam kajian kerana ianya bergantung kepada keadaan semasa dan garis panduan bakal dikeluarkan.

Keputusan muktamad akan diumumkan selepas 1 Mei, setelah mendapat kelulusan Majlis Keselamatan Negara atas nasihat Kementerian Kesihatan.

Aplikasi ‘Gerak Malaysia’ dibangunkan bersama Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Polis Diraja Malaysia.

Orang ramai yang berada di kampung dan ingin pulang ke rumah masing-masing perlu mendaftarkan diri melalui aplikasi GerakMalaysia bermula 25 April 2020 – MKN

Ia dihasilkan bagi membantu pihak berkuasa mengesan dan menganalisis pergerakan rakyat Malaysia sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa, serta selepas perintah itu ditamatkan.

Maklumat pengguna yang diberikan dalam aplikasi itu akan digunakan bagi mengesan individu yang diarah menjalani kuarantin atau memerlukan rawatan, serta memaklumkan sama ada mereka adalah kontak rapat kepada pesakit COVID-19.

Pengguna hanya perlu memberikan beberapa maklumat seperti nama penuh, alamat, nombor kad pengenalan dan e-mel, serta membenarkan aplikasi itu mengesan lokasi, sebelum ia menjana satu kod QR khas kepada setiap pengguna.

Aplikasi itu menyatakan: “Kod QR ini akan digunakan pada masa depan bagi membenarkan pergerakan ketika dan selepas pelaksanaan PKP.”

Aplikasi yang dimiliki sepenuhnya oleh SKMM itu dilihat masih berada pada peringkat percubaan, dan tiada fungsi lain yang boleh digunakan buat masa ini.

Bagaimanapun, syarat penggunaan aplikasi itu menyatakan fungsinya iaitu bagi membantu memudahkan pengguna yang memiliki dokumen kebenaran pergerakan ketika tempoh PKP.

Selain itu, aplikasi itu juga membolehkan pengguna membuat permohonan kecemasan seperti bekalan makanan dan perubatan. Fungsi ini berkemungkinan khusus bagi individu di dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Fungsi lain aplikasi itu adalah memberi maklumat terkini kepada pengguna berhubung lanjutan PKP, berita dan statistik yang dikeluarkan pihak berkuasa.

Syarat penggunaan itu turut memaklumkan bahawa perkhidmatan dan data dalam aplikasi Gerak Malaysia hanya bagi tempoh pelaksanaan PKP serta enam bulan selepas perintah itu berakhir.

Aplikasi itu boleh dimuat turut pengguna menerusi App Store bagi pengguna IOS dan Play Store bagi Android.

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *