Penerima BPN di Sabah yang tiada akaun bank boleh tuntut di BSN secara tunai

Penerima BPN di Sabah yang tiada akaun bank boleh tuntut di BSN secara tunai

Penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) khususnya yang berada di kawasan luar bandar Sabah, yang tidak memiliki akaun bank atau akaun penerima gagal dikreditkan atas sebab tertentu, disarankan menuntut bantuan itu melalui kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) di daerah masing-masing.

Baca Juga :

  1. PRIHATIN : TNB Beri Diskaun Bil Elektrik 15%, 25%, & 50%
  2. Bantuan Prihatin Nasional – Cara Dapatkan Diskaun Bil Elektrik 2% Sehingga 50% Selama 6 Bulan
  3. BPN : Senarai Penuh Cawangan & Waktu Operasi BSN Untuk Pembayaran BPN Secara Tunai

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata tuntutan boleh dibuat mulai 17 April hingga 31 Dis, 2020 dengan penerima hanya perlu hadir di pejabat cawangan BSN dan mengemukakan MyKad serta nombor siri pendaftaran BPN bagi mendapatkan bantuan tersebut.

“Bagaimanapun, setiap penerima mesti mengamalkan protokol kebiasaan baharu iaitu melakukan penjarakan sosial dan memakai penutup mulut dan hidung selain menjaga kebersihan bagi mengelakkan penularan jangkitan COVID-19,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata penerima warga emas, pesakit, orang kurang upaya dan mana-mana individu yang disahkan mengalami masalah untuk hadir di BSN, boleh mewakilkan kepada keluarga atau waris terdekat yang berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) selaku ejen pelaksana BPN.

Mereka hanya perlu membawa kad pengenalan dan nombor siri penerima ke kaunter BSN untuk proses penunaian, katanya.

BPN : Senarai Penuh Cawangan & Waktu Operasi BSN Untuk Pembayaran BPN Secara Tunai

Abdul Rahim, yang juga ahli Parlimen Kudat berkata lazimnya, pemberian Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada penerima yang tidak memiliki akaun sebelum ini adalah melalui Perbendaharaan Negara dengan kerjasama pejabat daerah dalam program penyampaian yang melibatkan ramai penerima, namun buat masa ini ia tidak boleh diadakan berikutan pandemik COVID-19.

Beliau berkata menurut sumber LHDN, masih ramai tidak menerima BSH sehingga menjangkau hampir 40 peratus berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kementerian menyedari kesulitan ini dan diharapkan pembayaran BSH fasa 2 akan dibuat sekali dengan fasa 3 sekitar penghujung tahun ini sekiranya keadaan kembali seperti biasa,” katanya.

Abdul Rahim berkata, kementerian juga akan membincangkan isu berkaitan akses perkhidmatan bank asas seperti kemudahan pengeluaran, penunaian dan deposit terutama mesin pengeluaran wang automatik yang masih belum meluas di daerah kecil terutama di Sabah dan Sarawak.

Perkara tersebut akan dibincangkan bersama Bank Negara Malaysia selaku pengawal selia bank-bank di Malaysia bagi mencari penyelesaian efisien, katanya.

“Walaupun BSN ada melantik beberapa ejen di luar bandar dan daerah kecil, tetapi khidmat penyumberluaran tidak begitu berkesan dalam mengatasi masalah ini. Kebanyakan ejen dilantik tidak berfungsi dengan baik dan mereka terdiri daripada premis kedai runcit,” katanya.

Justeru, sudah tiba masanya perkhidmatan bank pejabat pos yang berfungsi sejak awal merdeka diwujudkan semula, setelah ia ditamatkan berikutan langkah pengkorporatan BSN, katanya.
Sumber 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *