Cara Memohon Dekoder MYTV Percuma Bagi B40 & OKU

Cara Memohon Dekoder MYTV Percuma Bagi B40 & OKU

Siaran Digital myFreeviewmyFreeview merupakan jenama perkhidmatan TV digital percuma Malaysia yang menawarkan saluran TV dan radio popular tanpa sebarang bayaran atau yuran langganan.

 

Bagaimanakah untuk mengakses?Saluran myFreeview boleh dinikmati menggunakan TV baru dan lama dengan dekoder DVB-T2, atau televisyen berintegrasi digital (IDTV) yang disambung kepada aerial UHF. Untuk menyemak jika TV anda tersedia digital, mohon rujuk spesifikasi model TV berkenaan daripada manual pengguna atau laman web jenama TV tersebut.

Untuk pemasangan sendiri, rujuk Pemasangan.

Penonton juga boleh mengakses Siaran Digital myFreeview menggunakan perkhidmatan DTH

Di mana boleh saya membeli alat penerima yang sesuai?Anda boleh membeli dan memasang peralatan yang sesuai daripada Wakil Penjual kami. Sila pastikan alat penerima tersebut disahkan oleh SIRIM, mempunyai label DTT/DTTV atau untuk set TV, ia harus dilengkapi penala digital (DVB-T2).

 

Berapakah saluran myfreeview yang ditawarkan?

SALURAN TV
TV1 (HD) 101
TV2 (HD) 102
TV Okey 110
RTM Sports HD 111
RTM Bes HD 123
TV3 (HD) 103
CJ Wow Shop (Melayu) 104
CJ Wow Shop (Cina) 106
NTV7 107
8TV 108
TV9 109
TV Al-Hijrah (HD) 114
Bernama News Channel 121
Astro Go Shop 120

SALURAN RADIO

Nasional FM 701
Traxx FM 702
Minnal FM 703
Ai FM 704
Klasik FM 705
Asyik FM 706

Lebih banyak saluran yang akan ditambah dari masa ke semasa.

Perlukah saya membayar?Siaran Digital myFreeview adalah percuma dan tidak melibatkan sebarang caj bulanan.

PEMASANGAN
Adakah pemasangan alat dekoder ini dikenakan bayaran?
Pengguna dekoder MYTV dinasihatkan untuk membuat pemasangan sendiri dengan merujuk kepada Panduan Pemasangan yang disertakan bersama set dekoder. Sekiranya anda memerlukan bantuan, anda boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan MYTV di 1800-18-1088 atau menghubungi salah satu Pemasang Berdaftar MYTV. Perkhidmatan teknikal untuk pemasangan dan penyelenggaraan ini disediakan oleh kontraktor pihak ketiga yang berdaftar dengan MYTV Broadcasting Sdn Bhd.

 

Terma & Syarat:Caj pemasangan akan dikenakan seperti berikut;
Perkhidmatan pemasangan aerial luaran akan dikenakan caj standard RM180.00. Caj ini termasuk untuk set aerial sahaja. Untuk perkhidmatan penyelenggaraan, setiap lawatan akan dikenakan caj minimum RM50.00. Jaminan/Waranti untuk pemasangan oleh kontraktor pihak ketiga sah untuk tempoh tujuh (7) hari sahaja. Anda dinasihatkan untuk menghubungi kontraktor berkenaan secara langsung sekiranya menghadapi sebarang masalah teknikal dalam tempoh waranti. Penggunaan perkhidmatan teknikal dan penyelenggaraan ini adalah atas risiko sendiri dan MYTV tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kerugian yang mungkin timbul dari penggunaan tersebut.

 

SYARAT DAN TERMA JAMINANUnit Dekoder (“Dekoder”) ini adalah dijamin oleh MYTV dari sebarang kerosakan bahan buatan dan pengilangan, selama dua belas (12) bulan dari tarikh pembelian. Kecuali untuk Unit Kawalan Jauh (“UKJ”), tempoh jaminan hanya selama tiga (3) bulan (secara kolektif dirujuk sebagai “Produk”)

Jaminan ini tidak termasuk sebarang kerosakan atau kecacatan berikutan dari kemalangan, silap pasang semula, salah guna, atau sebarang pengubahsuaian atau pertukaran yang tidak bertauliah.

Jaminan akan terbatal dan tidak sah sekiranya dalam tempoh jaminan, apa-apa bahagian dari Produk dikeluarkan, ditukar, diganggu, diselaraskan, diubahsuai, dibongkar, dibaikpulih atau dikendalikan dalam apa-apa cara oleh sesiapa yang tidak dibenarkan dan ditauliahkan oleh MYTV.

Pembeli hendaklah menyertakan Nombor Rujukan Kes dan Borang Pelanggan sebagai bukti asal pembelian bilamana khidmat selepas jualan diperlukan.

Tanggungjawab MYTV di bawah jaminan ini terhad kepada tukar ganti Dekoder dan UKJ yang rosak sahaja. MYTV tidak bertanggungjawab atas sebarang akibat langsung, kesan sampingan, atau kerosakan tidak langsung walau apa jua sebab sekalipun berikutan dari atau berhubung dengan kegunaan, ketidakboleh gunaan, prestasi Produk, termasuk tanpa had kepada kehilangan keuntungan, kehilangan perniagaan, atau kerosakan kepada harta benda lain disebabkan oleh kerosakan Produk.

Jaminan yang dinyatakan disini merupakan jaminan tunggal dan eksklusif berkaitan Produk, dan tiada sebarang jaminan atau pernyataan, sama ada secara lisan, bertulis, jelas, atau tersirat termasuk tanpa had kepada jaminan kualiti yang tersirat, kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu. Setakat mana apa-apa jaminan yang tertera di sini tidak boleh dikecualikan, jaminan tersebut hendaklah terhad kepada syarat-syarat jaminan dan tempoh jaminan yang diperuntukkan di sini.

POLISI PRIVASI DAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADIMYTV Broadcasting Sdn Bhd (“MYTV”) mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“APDP”) dan prihatin serta komited terhadap perlindungan dan privasi butiran peribadi anda. Untuk membolehkan kami menyediakan produk dan khidmat kami, dan beroperasi secara efisien dan berkesan, kami perlu mengumpul maklumat peribadi berkaitan daripada anda.

MYTV boleh mendedahkan data peribadi anda kepada sekutu kami atau pihak ketiga, yang terlibat dalam memberikan khidmat bagi pihak MYTV dan dengan berbuat demikian, MYTV akan mematuhi semua undang-undang berkaitan, peraturan-peraturan dan piawaian industri.

Dengan ini anda menerima dan bersetuju dan menerima bahawa dengan membuat pendaftaran dan/atau menggunakan produk dan khidmat secara berterusan, anda memberi kuasa dan kebenaran kepada MYTV untuk memproses data peribadi dan bilamana perlu, mendedahkan kepada pihak berkuasa Kerajaan berkaitan apabila terdapat keperluan undang-undang atau kelas pihak ketiga yang dikenalpasti oleh MYTV bagi tujuan MYTV memberikan khidmat dan produk kepada anda.

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau aduan berkenaan pemerosesan data peribadi anda oleh MYTV, atau anda inginkan akses, dan/atau membetulkan dan menghadkan pemerosesan data anda di bawah undang-undang yang terpakai, anda boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan MYTV di talian 1800-18-1088.

Kategori B40

Program ini merupakan inisiatif kerajaan bertujuan untuk meringankan bebanan isi rumah kumpulan Bawah 40 (B40).
Seramai 2 juta penerima telah terpilih dari senarai B40 yang telah disaring untuk menerima Set Dekoder Percuma.

 

Bolehkah saya memohon?Penerima Set Dekoder Percuma dipilih dari senarai B40 yang telah disaring sehingga Mac 2016 dan tidak boleh dipinda.

 

Adakah saya layak?Semak kelayakan anda menerusi;
a. Laman web MYTV: www.mytvbroadcasting.my/b40 atau www.myfreeview.tv
b. Pusat Khidmat Pelanggan MYTV 1300 80 6988 atau 1800 18 1088

 

Bolehkah Set Dekoder Percuma ini dipindah milik?Set Dekoder Percuma B40 tidak boleh dipindah milik, tetapi anda boleh membenarkannya untuk digunakan di alamat yang berbeza dan berada dalam liputan siaran myFreeview. Bagaimanapun anda sebagai penerima adalah bertanggungjawab terhadap Set Dekoder Percuma tersebut.

 

Saya layak namun masih belum menerima dekoder saya. Apakah yang perlu saya lakukan?
Anda perlu mengemaskini maklumat dengan tepat bagi pihak kami membuat penghantaran ke alamat yang betul. Maklumat ini adalah tertakluk kepada peraturan PDPA. Layari www.mytvbroadcasting.my/b40 untuk semakan dan seterusnya kemaskini maklumat anda sekiranya anda tersenarai.

 

Orang Kurang Upaya (OKU)
Program ini merupakan inisiatif kerajaan bertujuan untuk meringankan bebanan isi rumah golongan OKU. Penerima yang terpilih adalah di kalangan mereka yang telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan mempunyai kad OKU yang sah.

 

Bolehkah saya memohon?
Penerima Set Dekoder Percuma dipilih dari senarai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang telah disaring dan tidak boleh dipinda.

 

Apakah kategori Orang Kurang Upaya (OKU) yang layak?
Penerima yang layak adalah di kalangan mereka yang telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan mempunyai kad OKU yang sah.

 

Bolehkah waris mengambil atau menerima dekoder bagi pihak saya?
Boleh. Penerima haruslah mengemaskini maklumat diri dan waris dengan tepat di dalam borang yang disediakan di laman sesawang www.mytvbroacasting.my/b40. Maklumat yang telah dikemaskini tidak boleh dipinda. Hubungi Pusat Khidmat Pelanggan MYTV di talian 1800-18-1088 atau 1300-80-6988 untuk bantuan lanjut.

Cara Memohon Dekoder MYTV Percuma Bagi B40 & OKU

Klik https://status.mytvbroadcasting.my/interest.htm

Ikuti langkah-langkah seperti dibawah :

1.Pilih anta B40 & OKU
2.Masukkan Kad Pengenalan Anda

3.Isi Maklumat Yang Diperlukan.

4.Ikut Seperti dalam gambar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *