SKIM PERUMAHAN BELIA : BANTUAN RM200 SEBULAN

SKIM PERUMAHAN BELIA : BANTUAN RM200 SEBULAN

Butir-butir am skim SPB

SKIM PERUMAHAN BELIA : BANTUAN RM200 SEBULAN
SKIM PERUMAHAN BELIA : BANTUAN RM200 SEBULAN

Skim Perumahan Belia atau Youth Housing Scheme adalah skim pemilikan rumah kali pertama bagi golongan belia yang telah berkahwin berumur diantara 25 tahun hingga 40 tahun dengan pendapatan isirumah tidak melebihi RM 10,000 sebulan. Melalui skim ini Bank Simpanan Nasional akan memberi pembiayaan/pinjaman sehingga RM500,000 dengan tempoh pembiayaan/pinjaman sehingga 35 tahun atau sehingga pelanggan/peminjam berumur 65 tahun yang mana terdahulu kepada pelanggan/peminjam yang layak.Skim ini terhad kepada 20,000 pembeli sahaja berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat.

Bank Simpanan Nasional juga akan memberi pembiayaan/pinjaman penuh sebanyak 100% dari harga pembelian kediaman tersebut dan tambahan 5% dari harga belian untuk pembiayaan perlindungan takaful/insuran (MRTT/MRTA). Kos dokumentasi pembiayaan/pinjaman termasuk kos guaman ditanggung sepenuhnya oleh pembeli.

Kerajaan memberi pengecualian duti setem sehingga 50% keatas surat cara pindah milik dan perjanjian pembiayaan/pinjaman.Kerajaan memberi bantuan pembayaran ansuran sebanyak RM200 sebulan bagi tempoh 2 tahun bermula dari tarikh pengeluaran pertama kepada pemaju/penjual.

 

 

SOAL JAWAB SKIM PERUMAHAN BELIA (SPB)

1. Apakah produk ini?

Skim Perumahan Belia (SPB) adalah satu produk khusus untuk golongan belia warganegara
Malaysia bagi mendapat kemudahan pembiayaan perumahan. Cagamas dan KWSP juga
mengambil bahagian di dalam skim ini.Tujuan SPB adalah untuk membantu para belia dalam
memiliki rumah sendiri untuk didiami. Skim ini terhad dan ditawarkan kepada 20,000 unit
rumah sahaja berdasarkan konsep ‘siapa cepat dia dapat’.

2. Siapakah yang layak memohon pembiayaan di bawah Skim ini?

 Warganegara Malaysia
 Belia yang sudah berkahwin berumur 25 hingga 40 tahun
 Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000 sebulan
 Pembeli rumah pertama sahaja

3. Apa yang boleh saya perolehi dari produk ini?

 Jumlah Pembiayaan : RM 100,000 (Minimum) sehingga RM 500,000 (Maksimum)
 Margin Pembiayaan : i) Sehingga 100% daripada harga belian rumah
ii) MRTA/ MRTT sehingga maksimum 5% daripada harga
belian rumah.
 Tempoh Pembiayaan : Sehingga maksimum 35 tahun atau tidak melebihi 65 tahun
pada tarikh tamat tempoh pembiayaan.
 Kadar faedah /
Keuntungan : Sehingga maksimum BLR/ BFR – 2.4%
*(Tertakluk terma & syarat)
(BLR /BFR semasa ialah 6.85%)
 Konsep Pembiayaan : Islamik dan Konvensional

4. Apakah jenis bantuan Sokongan Kerajaan bagi skim ini?

 Bantuan bayaran ansuran bulanan sebanyak RM200 untuk 2 tahun pertama bermula
daripada pengeluaran pembiayaan yang pertama.
 Pengecualian duti setem sebanyak 50 % ke atas dokumen pembiayaan.

5. Apakah dokumen yang diperlukan untuk memohon?

 Borang permohonan Pembiayaan Kewangan BSN
 Perjanjian Jual dan Beli / Resit deposit / Proforma Pesanan Pembelian
 Salinan Kad Pengenalan

Pemohon Berpendapatan Tetap
 Salinan slip gaji untuk 3 bulan terkini
 Salinan penyata bank untuk 3 bulan terkini
 Salinan penyata bank untuk 6 bulan terkini (jika ada pendapatan lain)
 Salinan penyata KWSP
 Surat pengesahan berkerja daripada majikan
 Borang EA/ EC

Pemohon Bekerja Sendiri
 Borang B/BE dan Resit LHDN
 Surat pendaftaran syarikat (SSM)
 Salinan penyatan bank 6 bulan terkini
 Dokumen – dokumen lain (jika perlu)

Pemohon Bersama
 Borang B/BE dan Resit LHDN
 Surat pendaftaran syarikat (SSM)
 Salinan penyatan bank 6 bulan terkini
 Dokumen – dokumen lain (jika perlu)

6. Apakah cara bayaran yang disediakan ?

 Kredit bulanan ke GIRO / GIRO-i

7. Adakah saya perlu membayar yuran guaman?

Ya, yuran guaman perlu dibayar sendiri oleh pembeli.

8. Apakah syarat lain bagi pembiayaan ini?

Tertakluk kepada panduan kredit semasa BSN.

9. Bolehkan saya memohon membuat pengeluaran daripada EPF untuk bayaran ansuran ?

Ya, anda boleh.

 

Butir-butir am skim ini serta senarai soalan lazim bagi rujukan adalah seperti yang tertera dibawah. Bagi mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut, orang-ramai boleh menghubungi talian hotline BSN di talian 1 300 88 1900.

ataupun boleh ke laman web rasmi  https://www.mybsn.com.my/content.xhtml?contentId=530&menuId=&checkMethod=&

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *