Borang Pendaftaran Baru Jawatan Polis DiRaja Malaysia [2020]

Borang Pendaftaran Baru Jawatan Polis DiRaja Malaysia [2020]

Skim Jawatan

1. Skim Perkhidmatan bagi jawatan Inspektor Polis YA13 yang dikeluarkan
melalui:

2. Syarat-syarat permohonan :-
a). Terdiri dari Warganegara Malaysia;
b). Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun
(Kelulusan Sarjana Muda), tidak melebihi daripada 30 tahun
(Kelulusan Sarjana) dan tidak lebih daripada 35 tahun (Kelulusan
PhD) pada tarikh pendaftaran permohonan secara online;

c). Kelayakan Akademik:
i). Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM2,502.00]; atau

ii). Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM2,646.88]; atau

iii). Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang-bidang yang
diperlukan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM2,792.63]; atau

iv). Ijazah Doktor Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13]: RM2,938.39; atau

2. Skim Perkhidmatan bagi jawatan Sarjan Polis Gred YA5 yang dikeluarkan
melalui:

2. Syarat-syarat permohonan :-
a). Terdiri dari Warganegara Malaysia;
b). Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28
tahun pada tarikh pendaftaran permohonan secara online;

c). Kelayakan Akademik:

i). Diploma dalam bidang pentadbiran awam, perakaunan,
pengajian perniagaan, undang-undang, kejuruteraan, pengajian
islam atau dalam bidang-bidang yang diperlukan yang diiktiraf
oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA5: RM1,930.00]; dan

ii). Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus
Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

d). Kelayakan Fizikal:

Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan
pancaindera seperti berikut:-

i). Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita)
tanpa bersepatu;

ii). Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita
sekurang-kurangnya 48 kg

 

3. Skim Perkhidmatan bagi jawatan Konstabel Polis Gred YA1 yang dikeluarkan
melalui:

2. Syarat-syarat permohonan :-
a) Terdiri dari Warganegara Malaysia;
b) Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun
pada tarikh permohonan secara online;

c) Kelayakan Akademik:

i) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA1 : RM 1,441.00]; dan
Dua (2) kepujian termasuk Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu
(serta lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia dan lulus empat (4) mata pelajaran lain atau ;

ii) Lulus Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA1 : RM 1,441.00]; dan
Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Kod 1104
(sekurang-kurangnya gred ‘C’), mempunyai purata nilai gred
kumulatif akademik (sekurang-kurangnya 2.00), purata nilai
kumulatif vokasional (sekurang-kurangnya 2.67) dan
kompeten semua modul vokasional terutamanya dalam
bidang kursus seperti berikut ;
a) Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik;
b) Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan;
c) Teknologi Kejuruteraan Awam;
d) Perniagaan;
e) Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau;
f) Teknologi Kejuruteraan Marin

4. Skim Perkhidmatan bagi jawatan Konstabel Polis Gred YT1 yang dikeluarkan
melalui:

2. Syarat-syarat permohonan :-
a). Terdiri dari Warganegara Malaysia;
b). Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun
pada tarikh pendaftaran permohonan secara online;

c). Kelayakan Akademik:

i). Lulus Pentaksiran Tingkatan Tiga /Penilaian Menengah Rendah
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YT1: RM1,220.00]; dan

ii). Kepujian dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dengan
mendapat Gred C dan Lulus sekurang-kurangnya empat
mata pelajaran lain termasuk Matematik dengan Gred D.

d). Kelayakan Fizikal:

Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan
pancaindera seperti berikut:-
i). Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita)
tanpa bersepatu;
ii). Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita
sekurang-kurangnya 48 kg;
iii). Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat
19 hingga 26;

5. Skim Perkhidmatan bagi jawatan Konstabel Polis Orang Asli Gred YP1 yang
dikeluarkan melalui:

2. Syarat-syarat permohonan :-
a). Terdiri dari Warganegara Malaysia yang berasal dari kaum Orang Asli
(mengikut tafsiran Akta Orang-orang Asli 1974);
b). Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun
pada tarikh tutup iklan;

c). Kelayakan Akademik:

i). Lulus Penilaian Menengah Rendah /Sijil Rendah Pelajaran atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YP1: RM1,334.00]; dan

ii). Kepujian dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada
peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan.

d). Kelayakan Fizikal:

Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan
pancaindera seperti berikut:-
i). Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita)
tanpa bersepatu;
ii). Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita
sekurang-kurangnya 48 kg;
iii). Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat
19 hingga 26;
iv). Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik
nafas 86 sm (lelaki sahaja);

Selebihnya boleh lihat dilaman web rasmi.

Iklan Pengambilan PDRM

Pada bahagian iklan, anda akan lihat jika ada pengambilan diambil pastikan anda menyimpan link ini untuk mendapat maklumat pengambilan diakan datang. Pastikan anda mendaftar sebegai ‘PENGGGUNA BARU’ terlebih dahulu jika anda belum pernah mendaftar.

 

 

PENGAMBILAN POLIS DIRAJA MALAYSIA
SELARAS DENGAN PELANJUTAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) SEMUA PROSES PENGAMBILAN POLIS DIRAJA MALAYSIA AKAN DITANGGUHKAN SEHINGGA PKPB TAMAT PADA 9 JUN 2020.

SEBARANG PERTANYAAN LANJUT BOLEH BERHUBUNG DI TALIAN HELP DESK UNIT PENGAMBILAN – 03-22668350, 0322668349.

Borang pendaftaran PDRM

 

Untuk pendaftaran baru klik sini – https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/ 

Borang Pendaftaran Baru Jawatan Polis DiRaja Malaysia [2020]

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *