PEMBAYARAN FASA KETIGA BANTUAN SARA HIDUP (BSH) 2020 DAN TARIKH PERMOHONAN RAYUAN

Seperti yang diumumkan oleh Kerajaan, pembayaran Bantuan Sara Hidup atau
BSH 2020 Fasa Ketiga akan dilaksanakan mulai 24 Julai 2020 (Jumaat)
berdasarkan kategori BSH 2020 merangkumi bilangan anak tanggungan dan baki
nilai BSH 2020 yang akan diterima.

PEMBAYARAN FASA KETIGA BANTUAN SARA HIDUP (BSH) 2020 DAN TARIKH PERMOHONAN RAYUAN

Permohonan BSH 2020

  •  Pembayaran Fasa 3 BSH 2020 adalah mulai 24 Julai 2020 secara pengkreditan terus ke akaun bank yang telah didaftarkan. Jika tiada akaun bank, pembayaran boleh dituntut secara tunai di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sehingga 31 Disember 2020.
  •  Permohonan Rayuan BSH 2020 boleh dibuat di semua Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (Urban Transformation Centre – UTC) bermula 7 Ogos 2020 sehingga 6 September 2020. Permohonan rayuan secara dalam talian boleh dibuat bagi pemohon yang berstatus tidak lulus dengan kod tertentu sahaja
    • KAUNTER BSH 2020 PEDALAMAN SARAWAK DAN SABAH

Perbendaharaan Malaysia Sarawak dan Sabah melalui Kementerian Kewangan Malaysia telah menyelaraskan pembukaan Kaunter BSH bagi pembayaran BSH 2020 Kawasan Pedalaman Sarawak dan Sabah. LHDNM dan BSN akan berada di lokasi mengikut tarikh seperti jadual yang telah ditetapkan

 

 

 

 

  • Kaunter BSH di semua Cawangan LHDNM ditutup mulai 18 Mac 2020 hingga 12 Mei 2020. Pemohon BSH digalakkan untuk membuat Semakan Status Permohonan dan Pembayaran BSH 2020 secara dalam talian melalui Portal BSH.
  • Waktu operasi Talian Hotline BSH (1-800-88-2747) mulai 17 Mei 2020 adalah hari Isnin hingga Jumaat, jam 9.00 pagi – 5:00 petang. Walau bagaimanapun, bagi mendapat maklumat yang pantas dan mudah, pemohon digalakkan untuk mendapatkan maklumat BSH secara dalam talian melalui Portal BSH seperti berikut:
  1. Semakan Status Permohonan dan Pembayaran BSH 2020 – Menu MyBSH / Semakan Status Permohonan
  2. Pertanyaan / Persoalan BSH 2020 – Rujuk Soalan Lazim (FAQ) BSH 2020
  • Pembayaran Fasa Kedua BSH 2020 (RM200) kepada pemohon yang layak telah dibuat mulai 16 Mac 2020. Semakan Status pembayaran boleh dibuat pada Portal BSH > Menu Semakan Status Permohonan (Maklumat Pembayaran BSH 2020). Berikut merupakan paparan status pembayaran dan tindakan yang perlu diambil:
  1. Dalam proses pengkreditan – Semak penyata akaun bank penerima bagi pembayaran mulai 16 Mac 2020
  2. Tunai – Penunaian di BSN dengan membawa MyKad asal penerima apabila wujud Nombor Baucar pada semakan status

Maklumat lanjut pembayaran Fasa Kedua BSH 2020, sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) Bayaran Fasa Kedua BSH 2020

  • Tarikh Akhir Pendaftaran BSH 2020 adalah pada 15 Mac 2020 (Ahad)
  • Pendaftaran MyBSH (bagi pemohon yang telah mempunyai rekod BSH) telah boleh dibuat pada Menu MyBSH mulai 22 Januari 2020. Sebarang maklumat lanjut boleh rujuk Panduan Pengguna Daftar MyBSH 2020 atau FAQ Pendaftaran MyBSH 2020.
  • Pemohon tidak perlu membuat Permohonan Baharu / Kemas Kini BSH 2020 sekiranya:
  1. Permohonan BSH 2019 yang lulus dan tiada sebarang perubahan maklumat; dan
  2. Pemohon Orang Kurang Upaya (OKU) yang tersenarai sebagai penerima eBantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seperti berikut:
    1. Elaun Pekerja Cacat
    2. Bantuan Penjagaan OKU
    3. Bantuan OKU tidak berupaya bekerja
    4. Bantuan Orang Tua
  • Pemohon perlu membuat Permohonan Baharu / Kemas Kini BSH 2020 sekiranya:
  1. Pemohon yang belum membuat pendaftaran Permohonan BSH termasuk Kategori Baharu; atau
  2. Permohonan BSH 2019 yang tidak lulus dan menepati syarat kelayakan BSH 2020; atau
  3. Permohonan OKU yang tidak tersenarai sebagai Bantuan JKM dan menepati syarat kelayakan BSH 2020
  • Pakej Ransangan Ekonomi yang telah diumumkan pada 27 Februari 2020 melibatkan pembayaran BSH 2020 seperti berikut:
  1. Pembayaran Fasa 2 BSH 2020 sebanyak RM200 yang dijangka pada Mei 2020 akan diawalkan bayaran mulai Mac 2020
  2. Penerima BSH 2020 akan menerima tambahan RM100 yang akan dikreditkan ke akaun bank yang didaftarkan. Walau bagaimanapun, pembayaran ini akan dilakukan bersama dengan bayaran Fasa 3 BSH 2020 yang dijadualkan semula pada bulan Julai 2020.

Tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) BSH 2020

  • SKK BSH 2020
  1. Tuntutan SKK BSH 2020 layak dituntut oleh waris bagi pemohon (layak menerima Fasa Pertama BSH 2020) yang meninggal dunia mulai 1 Januari 2020 hingga 31 Januari 2020.
  2. Tuntutan SKK boleh dibuat mulai 1 Februari 2020 di Bank Simpanan Nasional (BSN).
  3. Sekiranya pemohon BSH 2020 meninggal dunia mulai 1 Februari 2020, tuntutan SKK 2020 hanya boleh dibuat selepas permohonan BSH 2020 selesai diproses.

Bantuan Prihatin Nasional

  • Permohonan rayuan Bantuan Prihatin Nasional dibuka mulai 12 Mei 2020 sehingga 31 Mei 2020. Permohonan rayuan boleh dibuat di Cawangan LHDNM yang berhampiran dengan membawa dokumen sokongan yang berkaitan.
  • Sila layari https://bpn.hasil.gov.my bagi semakan lanjut status permohonan Bantuan Prihatin Nasional
  • Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat telah diumumkan pada 27 Mac 2020 (Jumaat) yang melibatkan pemberian Bantuan Prihatin Nasional kepada golongan B40 dan M40.
  • Sebarang makluman berkenaan Bantuan Prihatin Nasional boleh diperolehi pada Portal Rasmi BSH (https://bsh.hasil.gov.my). Pemohon dinasihatkan untuk ELAKKAN daripada mengisi apa-apa borang atau mendapatkan makluman daripada laman web yang tidak diketahui kesahihan atau melalui panggilan telefon bagi mengelakkan penipuan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *