Mohon i-Suri KWSP dapat RM480 pada setiap tahun

i-SURI

Mohon i-Suri KWSP dapat RM480 pada setiap tahun
Mohon i-Suri KWSP dapat RM480 pada setiap tahun

Mohon i-Suri KWSP dapat RM480 pada setiap tahun

Perlindungan Kewangan Untuk Suri Rumah

-Golongan suri rumah kini boleh memilih untuk mencarum di KWSP dengan insentif khas di bawah i-Suri. i-Suri bertujuan bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara.

 

Faedah

  • Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM 200* pada tahun 2018, dan RM480 pada setiap tahun yang berikutnya
  • Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
  • Menerima dividen tahunan KWSP
  • Bantuan Kematian: RM2,500

** tertakluk kepada terma dan syarat KWSP

*Sumbangan kerajaan ke dalam akaun KWSP sehingga RM200 kepada mereka yang layak bagi caruman untuk tempoh Ogos – Disember 2018. Bagi tahun berikutnya, jumlah sumbangan adalah sehingga RM480 setahun (tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan).

Siapakah Yang Boleh Mencarum ?

Self

Diri sendiri (isteri)

Husband to wife

Suami kepada pasangan yang layak

 

Syarat-syarat kelayakan

Requirements

Warganegara Malaysia

Requirements

Belum mencapai umur 60 tahun

Requirements

Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR)

Requirements

Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2019

Requirements

Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP

Peringatan penting: Suri rumah hanya dibenarkan memilih satu (1) insentif sahaja pada satu masa. Jika anda telah mendaftar dengan Insentif Persaraan (i-Saraan), anda perlu membatalkannya dahulu sebelum membuat permohonan baru bagi i-Suri.

 

Cara Dan Saluran Bayaran

Perbankan Internet Kaunter Ejen Bank Ejen Bank Berdaftar Kaunter KWSP
Pemindahan wang secara elektronik

  • Maybank
  • Public Bank
  • RHB Bank
  • Bank Muamalat
  • CIMB Bank
Tunai/cek

  • BSN
  • Maybank
  • Public Bank
  • RHB Bank
Ejen Bank (EB) BSN Tunai (maksimum RM500) /cek di semua kaunter KWSP Ibu Negeri termasuk KWSP Muar

 

Had Bayaran

Minimum (RM sahaja)
=Tiada Had

Maksimum (RM sahaja)
=RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, i-Saraan, i-Suri, Caruman Simpanan Tambahan – berkuat kuasa Januari 2013)

Apakah Yang Anda Perlukan

  • MyKad
  • Borang i-Suri – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)

 

Soala Lazim

Kenapakah terdapat Insentif Suri (i-Suri)?

=Inisiatif ini diperkenalkan oleh Kerajaan bagi mengiktiraf peranan dan perjuangan suri rumah dalam membantu mereka mempunyai kehidupan yang lebih dan sejahtera.

Bagaimana pihak kerajaan mengkreditkan caruman tersebut ke dalam akaun ahli?

=KWSP akan membuat tuntutan sumbangan Kerajaan secara berkala berdasarkan caruman bagi separuh tahun tempoh pertama (Januari hingga Jun) dan separuh tahun tempoh kedua (Julai hingga Disember) setiap tahun. Wang sumbangan akan dikreditkan ke akaun ahli selepas KWSP menerimanya daripada Kerajaan. Sumbangan ini akan dikreditkan ke dalam Akaun 1 ahli (Akaun Persaraan) dan Akaun 2.
Sumber KWSP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *