PERMOHONAN BANTUAN RM300 UNTUK IBU TUNGGAL

PERMOHONAN BANTUAN RM300 UNTUK IBU TUNGGAL

PERMOHONAN BANTUAN RM300 UNTUK IBU TUNGGAL
PERMOHONAN BANTUAN RM300 UNTUK IBU TUNGGAL

Berdasarkan Pelan Tindakan Pemerkasaan Ibu Tunggal (2015-2020), KPWKM
mengambil kira ibu tunggal berdasarkan definisi berikut:
Perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah:

  1. taraf perkahwinan balu atau bercerai / berpisah tetap dan mempunyai
    anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama;
  2.  mempunyai suami (suaminya tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk
    bekerja) dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah
    yang sama; atau
  3. tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak (anak angkat atau anak
    tidak sah taraf).

Apakah Bantuan Khas Ibu Tunggal ?

Satu bantuan yang disediakan oleh Kerajaan yang akan diberikan secara one-off
kepada ibu tunggal yang layak.

Bantuan ini adalah berdasarkan pangkalan data Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan
Jabatan Pembangunan Wanita (JPW). Ibu tunggal yang bukan penerima bantuan
JKM boleh mengemukakan permohonan selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2020
melalui:

  •  Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN)/JKM Negeri/PKMD; atau
  • Pejabat Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri Sabah/Jabatan Hal
    Ehwal Wanita Sabah (bagi pemohon di Sabah); atau
  •  Pejabat JKM Sarawak/Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (bagi pemohon
    di Sarawak); atau
  • Portal rasmi https://www.jpw.gov.my/

Siapakah yang layak menerima BKIT?

Kategori yang layak menerima BKIT adalah seperti berikut:

  •  Penerima merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia;
  •  Wanita yang menjadi Ketua Isi Rumah seperti tafsiran di S1; dan
  •  Pendapatan Isi Rumah adalah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK
    semasa) RM960.00 atau perkapita RM244.00.

Berapakah bayaran BKIT yang akan diterima?

Bayaran sebanyak RM300.00 secara one-off akan dikreditkan ke dalam akaun
penerima yang layak.

Bilakah tarikh pembayaran BKIT akan dibuat?

Bayaran adalah mulai Julai sehingga November 2020.

Bagaimanakah kaedah bayaran BKIT ini dilaksanakan?

Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon yang layak. Akaun bank
mestilah aktif.

Apakah dokumen yang diperlukan semasa membuat permohonan baharu
atau rayuan BKIT?

Senarai Dokumen

Dokumen Mandatori yang telah disahkan:
i. Salinan MyKad;
ii. Salinan Penyata Akaun tahun semasa;
iii. Salinan Sijil Kahwin / Sijil Cerai / Sijil Kematian;
iv. Salinan Sijil Kelahiran Anak yang Belum Berkahwin /
MyKid / MyKad/ Sijil Pengangkatan daripada JPN /;
dan
v. Salinan Slip gaji terkini / Pengesahan Pendapatan
(Contoh: Surat Pengesahan daripada
Majikan/Penghulu);

Dokumen Sokongan:
i. Surat Akuan Doktor (jika berkenaan); dan
ii. Surat Akuan Sumpah (sekiranya masih dalam proses
penceraian).

Adakah permohonan boleh dibuat secara manual (borang permohonan)
sekiranya pemohon tidak mempunyai kemudahan internet?

Ya. Permohonan boleh dikemukakan di –

  • Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN)/JKM Negeri/PKMD;
    atau
  •  Pejabat Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri Sabah/Jabatan
    Hal Ehwal Wanita Sabah (bagi pemohon di Sabah); atau
  • Pejabat JKM Sarawak/Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (bagi
    pemohon di Sarawak)

Cara Memohon

Berdasarkan Pelan Tindakan Pemerkasaan Ibu Tunggal (2015-2020), KPWKM mengambil kira ibu tunggal berdasarkan definisi berikut:.

*Perempuan (Warganegara) yang menjadi Ketua Isi Rumah bagi kategori:

i.Taraf perkahwinan balu atau bercerai / berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama;

ii.Mempunyai suami (suaminya tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja) dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah

iii.Tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak (anak angkat atau anak tidak sah taraf)

Nota:

1.Sila isi borang mengikut negeri pemohon.

2.Pemohon perlu log masuk ke akaun google untuk mengisi borang permohonan.

3.Dokumen salinan hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A/Pengetua/Guru Besar/Guru Penolong Kanan/Wakil

Rakyat/Penggawa/Penghulu/Ketua Kampung/Pengerusi MPKK(Majlis Pengurusan Komuniti Kampung)/Ketua Kaum/Ketua Anak Negeri/Pesuruhjaya

Sumpah. Cop pegawai atau saksi hendaklah mempunyai nama dan jawatan pegawai serta jabatan atau alamat di mana pegawai bertugas.

4.Pendaftaran secara dalam talian dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga jam 12.00 tengah malam. Selepas tempoh masa tersebut, akses borang akan ditutup bagi tujuan pengemaskinian data.

 

MOHON DISINIhttp://bkit.jpw.gov.my/daftar_pemohon

SEMAK PERMOHONANhttp://bkit.jpw.gov.my/semakan_pemohon

Info lebih lanjut boleh layari https://www.jpw.gov.my/permohonan-bantuan-ibu-tunggal/?lang=en

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *