SJKP : Gaji RM 1,000 & Tanpa Slip Gaji Boleh Memiliki Rumah !

SJKP : Gaji RM 1,000 & Tanpa Slip Gaji Boleh Memiliki Rumah !

SJKP : Gaji RM 1,000 & Tanpa Slip Gaji Boleh Memiliki Rumah !
SJKP : Gaji RM 1,000 & Tanpa Slip Gaji Boleh Memiliki Rumah !


Mengenai SJKP


Kerajaan Malaysia, dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan (2008) di Dewan Rakyat pada 7 September 2007, sedar akan kesukaran yang dialami mereka yang tidak berpendapatan tetap, seperti petani dan peniaga kecil, dalam mendapatkan kemudahan kewangan bagi membeli rumah kediaman mereka.

Bagi mengatasi kesukaran tersebut, kerajaan telah menubuhkan Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP Berhad) bagi menjamin kemudahan kewangan yang akan diberikan oleh institusi-institusi kewangan yang turut terlibat dalam skim ini.

Para pemohon pembiayaan mestilah mempunyai keupayaan untuk membayar balik pembiayaan perumahan meskipun mereka tiada bukti pendapatan bulanan. SJKP Berhad ditubuhkan sebagai sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan, Diperbadankan pada 6 Disember 2007.

SJKP Berhad telah melantik Prokhas Sdn Bhd (sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan, Diperbadankan) bagi menguruskan operasi hariannya.



Perkhidmatan SJKP


Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP Berhad) telah mencapai persetujuan dengan institusi-institusi kewangan yang terlibat dalam menyediakan pembiayaan perumahan yang akan dijamin oleh Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) untuk pemohon-pemohon yang layak.

Dengan bantuan SJKP, adalah dijangkakan lebih ramai rakyat Malaysia akan mampu untuk memiliki rumah sendiri.

Mereka yang berminat untuk memohon skim ini atau ingin mendapatkan keterangan lanjut boleh berhubung terus dengan mana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang terdekat yang menyertai SJKP.

 
Status yang telah lulus setakat ini.

 

Kriteria Kelayakan


-Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas
-Berpendapatan tidak tetap seperti peniaga kecil, petani, pemandu teksi, nelayan dll atau berpendapatan tetap (tertakluk kepada RM200.0 juta yang pertama sahaja). Pinjaman bersama dibenarkan.
-Pembelian kali pertama rumah kediaman kos rendah / sederhana / mampu milik dan untuk didiami.
-Pembelian rumah kediaman baru/didalam pembinaan atau sedia ada atau lelongan.
Pendapatan purata kasar minima RM1,000 sebulan.
-Mesti bermastautin di dalam lingkungan 20km daripada cawangan institusi kewangan tempat permohonan dibuat.
-Pembayaran bulanan kesemua pinjaman < 65% daripada pendapatan kasar.
-Rekod tunggakan CCRIS < 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini.
-Tiada rekod-rekod negatif lain bagi tempoh 24 bulan terkini.

 
 
 
 


Terma dan Syarat Pembiayaan


Jumlah Pembiayaan : Sehingga 100% daripada harga pembelian tertakluk kepada pembiayaan maksima RM300,000.00 (termasuk MRTA / MRTT)


Jenis Pembiayaan : Pembiayaan Berjangka sahaja

Tempoh : Sehingga 35 tahun atau usia pemohon 65 tahun, mana-mana yang terdahulu

Kadar Faedah : Kadar Pinjaman Asas (BLR) / Kadar Pembiayaan Asas (BFR) institusi-institusi kewangan yang menawarkan pinjaman

MRTA / MRTT : Wajib

Lain-lain : Deposit mandatori bersamaan dengan 3 bulan bayaran bulanan
 
 
 
 

Antara institusi kewangan yang terlibat ialah :


Affin Bank
Affin Islamic
Agro Bank
Alliance Bank
Alliance Islamic Bank
AmBank Group
AmIslamic Bank
Bank Islam
BSN
Bank Rakyat
Hong Leong Bank
Hong Leong Islamic Bank
Maybank
Maybank Islamic
Bank Muamalat

 
 
Borang RujukanKLIK SINI


Proses Permohonan

Bagaimanakah proses permohonan yang perlu dibuat oleh peminjam bagi mendapatkan pembiayaan perumahan di bawah skim jaminan ini?

Secara umumnya, proses permohonan pembiayaan perumahan di bawah skim ini adalah seperti berikut:

 

  1. Mengenalpasti rumah yang ingin dibeli dan mendapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli / resit bayaran tempahan.
  2. Dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada individu yang dibenarkan (Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu atau wakil yang terpilih). Surat itu hendaklah menyatakan nama, nombor kad pengenalan, sumber pendapatan, purata pendapatan bulanan, tempat perniagaan dan tempoh berniaga. Sila dapatkan dua surat berasingan sekiranya kedua-dua suami dan isteri mempunyai sumber pendapatan berasingan. Untuk kakitangan bergaji, sila bawakan penyata gaji dan penyata EPF.
  3. Menyediakan dokumen sokongan sumber pendapatan seperti penyata akaun simpanan, Lesen Perniagaan, Kad Pendaftaran Nelayan atau rumah geran tanah (untuk aktiviti pertanian) atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti jual beli.
  4. Sila bawa semua dokumen yang dinyatakan dan mohonlah pembiayaan perumahan dimana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang terdekat yang menyertai skim jaminan ini.


Sekiranya anda masih mempunyai sebarang persoalan tentang skim ini, anda boleh menghubungi kami di talian 03-2096 5000 atau “klik di sini“.

 
 
Untuk info lebih lanjut kunjungi : Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP Berhad)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *