Individu bujang akan terima RM350 antara intipati Belanjawan 2021

Berikut ialah intipati ekonomi Belanjawan 2021 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Senator Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz di Parlimen hari ini.

Belanjawan 2021 yang bertemakan ‘Teguh Kita Menang Bersama’ dirangka dengan berdasarkan tiga matlamat induk yang merupakan kesinambungan kepada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), PRIHATIN PKS Tambahan, Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan Kita Prihatin.

Tiga matlamat induk berkenaan ialah kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan, dan ketahanan ekonomi.

  • Sebanyak RM1 bilion akan diperuntukkan pada tahun hadapan bagi membendung gelombang ketiga COVID-19.
  • Kerajaan setuju laksanakan pemberian one-off sebanyak RM500 bagi menghargai jasa anggota barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang memanfaatkan 100,00 petugas.
  • Kemudahan pengeluaran Akaun 1 KWSP sebanyak RM500 sebulan berjumlah sehingga RM6,000 dibenarkan untuk 12 bulan.
  • KWSP benarkan pengeluaran Akaun 2 untuk beli produk perlindungan insurans, takaful hayat serta penyakit kritikal.
  • Bantuan Sara Hidup digantikan dengan Bantuan Prihatin Rakyat dengan kadar bantuan dan kategori pendapatan lebih baik.
  • Individu bujang berpendapatan RM2,500 ke bawah akan terima RM350 melalui BPR, dengan had umur kelayakan diturunkan kepada 21 tahun.
  • Isi rumah pendapatan bulanan kurang RM2,500 dan mempunyai sehingga seorang anak akan terima RM1,200.
  • Kadar elaun pekerja OKU dinaikkan kepada RM450.
  • Kadar caruman minimum KWSP pekerja dikurangkan kepada 9 peratus mulai Januari 2021.
  • Kadar bantuan warga emas dan bantuan penjagaan OKU serta pesakit kronik terlantar dinaikkan kepada RM500.
  • Kadar bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.
  • Baucar RM50 diberikan kepada golongan B40 melalui Program Baucar Perlindungan Tenang untuk produk termasuk takaful hayat dan kemalangan diri.
  • Kerajaan akan perluas perlindungan mySalam ke atas tuntutan kos peranti perubatan seperti stent untuk jantung atau prostesis
  • Kerajaan komited dapatkan sumber vaksin COVID-19 antaranya melalui program COVAX.

Sumber: Bernama , Bernama TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *