Belanjawan 2021: Geran Khas Prihatin Tambahan RM 1,000 untuk peniaga,penjaja di Sabah

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengumumkan Geran Khas Prihatin Tambahan RM1,000 kepada peniaga dan penjaja di Sabah yang terjejas teruk ekoran kekurangan kehadiran pelancong akibat COVID-19.

Ketika membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata geran khas ini juga akan diberikan kepada pemandu teksi, e-hailing, kereta sewa dan pemandu pelancong di Sabah.

Pada pembentangan itu juga, beliau mengumumkan pengecualian levi tabung HRDF akan diberikan selama enam bulan berkuat kuasa 1 Januari tahun hadapan.

Katanya, pengecualian itu meliputi sektor pelancongan dan syarikat bagi membantu mengurangkan beban aliran tunai syarikat yang masih terjejas akibat COVID-19.

Sumber : Berita Harian , Bawah Bayu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *