Belanjawan 2021: Belia 18-20 dapat RM50 dikreditkan ke akaun e-wallet

Belanjawan 2021: Belia 18-20 dapat RM50 dikreditkan ke akaun e-wallet

Belanjawan 2021: Belia 18-20 dapat RM50 dikreditkan ke akaun e-wallet
Belanjawan 2021: Belia 18-20 dapat RM50 dikreditkan ke akaun e-wallet

KUALA LUMPUR: Kerajaan melalui Program eBelia akan mengkreditkan RM50 secara sekali beri ke dalam akaun e-wallet mereka yang berumur antara 18 hingga 20 tahun.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia bakal melibatkan peruntukan sebanyak RM75 juta.

“Golongan belia memain peranan penting sebagai antara pelopor dan pengguna dalam mengadaptasi teknologi terkini.
“Ke arah membudayakan transaksi kewangan tanpa tunai, Kerajaan melalui Program eBelia akan mengkreditkan RM50 secara one-off ke dalam akaun e-wallet bagi mereka yang berumur 18 hingga 20 tahun.
“Dengan peruntukan RM75 juta inisiatif ini dijangka akan memanfaatkan lebih 1.5 juta belia,” katanya semasa membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat di sini pada Jumaat.
Ujarnya, belia ialah pemangkin masa hadapan negara dan bagi menyediakan pendedahan alam pekerjaan kepada mereka, kerajaan juga akan menyediakan insentif kepada majikan swasta sebanyak RM1,000 sebulan sehingga tiga bulan bagi setiap graduan baharu yang menyertai program perantisan.
“Sebagai tambahan, majikan juga boleh menuntut geran sehingga RM4,000 untuk program latihan bagi perantis tersebut.
“Program ini dijangka memanfaatkan sehingga 50,000 graduan baharu dengan peruntukan RM250 juta,” ujarnya lagi.

 

Sumber : Astro Awani , Bawah Bayu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!

SUBSCRIBE KAMI INFO JAWATAN TERUS KE EMAIL ANDA

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.